Resipi Kebab – Buat Sendiri

Hari ni saya nak kongsi cara buat roti kebab sendiri, saya teringin nak makan kebab tapi saya cari tak jumpa pulak roti kebab yang ready made tu, agaknya dah habis kot, jadi saya buat le sendiri roti kebab tu, ikut resipi di internet. Sekarang mudah je nak buat apa, terus google di internet..dah jumpa..

Kebab ni boleh makan pagi, makan pd waktu petang atau malam, sesuka hati le nak makan bila, punya le senang nak buat roti kebab ni..

Kebab Ayam

Cara cara buat roti Kebab:

3 cawan tepung gandum
1ct garam
1ct baking powder
4 sudu besar vegetable shortening atau ganti 3cb minyak sayuran( saya guna minyak masak je)
1 1/4 cawan air suam

Cara:
1. Campur semua bahan dan uli hingga jadi doh.
2. Bahagikan kpd 12 bahagian dan rehatkan selama 10 minit. Lepas tu canaikan doh hingga nipis.
3. Bakar atas non stick pan tanpa minyak selama 2-3 minit.

Inti Kebab
Ayam bakar, (isi ayam yang diperap dengan lada sulah, perasa, lada hitam, garam) bakar isi ayam tu dan hiris nipis.
Daging bakar perap jugak mcm ayam tadi kalau nak buat inti daging.
Boleh jugak tambah sosej atau daging hancur atau telur hancur, ikut selera masing masing.

Sayur sayuran seperti kobis, tomato, bawang besar, timun, salad, (hiris nipis).

Kebab dah siap

Sos cili, sos tamato mayonis atau sos salad yang ready made.
Sos ni yang buatkan kebab tu sedap dimakan, boleh cari kat kedai macam macam sos salad ada, nak tambah sos mustard pun boleh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Resipi Kebab – Buat Sendiri”

  1. sarahnajwan says:

    napok sedak je…nati ada mood…akak nak try lah sb akak suka mkn kebab..tq..

  2. Anonymous says:

    sedapnyer!
    belalang nak gak tp x moh buat sendiri,
    nuriz tlg buatkan leh ke?
    hehehe

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold