Proton Saga FL 2011, Warna dan Harga Proton Saga FL2011

Proton Saga FL 2011 dilancarkan pada 15hb Disember lalu. Dikeluarkan dengan warna Blue Rock salah satu dari dua warna-warna yang  baru seperti warna  Cafe Latte/ coklat muda. Warna lain ialah Solid White, Tranquility Black, Genetic Silver. Proton Saga FL atau FaceLift 2011  dalam versi  Standard dan Eksekutif  dengan gear manual (5 kelajuan) dan automatik (4 kelajuan). Facelift maknanya pengubahsuaian atau makeover pada bentuk kereta tu tapi tak melibatkan perubahan besar, cuma make up bahagian bahagian mana yang patut pada kereta tu dan menjadikan proton saga berwajah baru, lebih kurang macam tu le maksud Facelift atau FL ni.

Proton Saga FL2011

Kebanyakan daripada ciri-ciri baru yang FL mengatasi kereta lama proton. Dilengkapi dgn dwi beg udara, ada USB dan butang audio untuk stereo Clarion MP3 di stereng, Side Mirror dilengkapi LED.

Saga FL 2011 Cafe Latte

Proton Saga baru kini boleh didapati dalam empat variasi yang berbeza – Standard (manual/ automatik) serta spekulasi lebih tinggi pada Eksekutif  (manual)
Semua model mempunyai  tingkap-tingkap depan dan belakang yang boleh dikawal dgn kuasa, fungsi MP3 untuk pemain audio.

Kelebihan bagi Proton Saga Eksekutif  yang ditambah sikit berbanding  Saga Standard ialah USB dan input AUX, dual beg udara SRS, butang audio pada  stereng, pelarasan tinggi utk tempat duduk pemandu, cermin-cermin pintu elektrik, fog lamps, dan spoiler belakang.

Enjin dan kotak gear tetap sama untuk Saga FL 2011 buat masa ni , bagaimanapun Proton akan keluarkan kereta enjin Campro bila-bila masa pada tahun depan, dan mungkin ada lagi Proton Saga baru.

Harga Proton Saga FL 2011

1.3 Standrd Manual ialah  RM37, 998.00

1.3 Standard Auto ialah RM40,998.00

1.3 Executive Manual ialah RM40, 698.00

1.3 Executive Auto ialah RM43, 298.00

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Proton Saga FL 2011, Warna dan Harga Proton Saga FL2011”

  1. hanna says:

    cantik n berpatutan.. ingin nak tau lebih lanjut maklumat tentang saga fl ni..sebab berminat nak beli

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold