Pos Malaysia Lancar Setem Upin Ipin

Petang kelmarin,13 Disember, buat julung kalinya Pos Malaysia melancarkan setem Upin & Ipin. Semakin hebat Upin Ipin sekarang, sudah semakin popular dah ada setem sendiri. Satu lagi sejarah tercipta.

Pos Malaysia Berhad memperkenalkan koleksi setem dan sampul surat hari pertama yang terbaru bertemakan permainan tradisional masa lapang bersama Upin dan Ipin dan kawan-kawan sempena minggu setem 2010.

setem Upin Ipin

Koleksi setem tersebut mengandungi tiga reka bentuk setem selain sampul surat hari pertama, folder, lembaran mini dan kad maksimum yang direka eksklusif oleh Les Copaque.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, usaha Pos Malaysia memasukkan konsep pemuliharaan seni dan budaya dalam setem yang dikeluarkan wajar dipuji kerana ia berjaya menerapkan aspirasi 1Malaysia.

Kejayaan lain bagi Upin Ipin,

Pada 3 Dis lalu,  telefon bimbit Upin & Ipin dilancarkan di Indonesia. Telefon bimbit itu merupakan keluaran syarikat telekomunikasi di Indonesia iaitu Nexian. Bukan saja Upin Ipin ni popular di Malaysia tapi dah menembusi pasaran antarabangsa. Upin Ipin pun terkenal di Indonesia, Brunei, Singapura dan India.

Bagi peminat setia Upin Ipin, tunggu filem terbaru, Laksamana Upin & Ipin juga akan menemui penonton pada tahun 2012.

Pada September lalu, Upin & Ipin telah melancarkan lagu berjudul Sahabat Selamanya ciptaan dan nyanyian band terkenal, Padi. Lagu ini telah menjadi hit nombor 1 di stesen radio di Indonesia.

Selain itu, Upin & Ipin akan melebarkan sayapnya dalam bidang teater dengan menjayakan pementasan teater muzikal Upin & Ipin. Teater ini akan dipentaskan di beberapa buah bandar di Indonesia dan Esplanade, Singapura.

Kelab Upin & Ipin yang dilancarkan baru-baru ini juga mendapat sambutan yang baik dengan memperoleh seramai hampir 2000 ahli.

Untuk lihat berita selanjutnya pasal setem Upin ipin ni sila ke LesCopaque

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Pos Malaysia Lancar Setem Upin Ipin”

  1. Ejen 010 says:

    betol..betol..betoll…

  2. Zarin says:

    Terima kasih kerana menulis mengenai Upin & Ipin

  3. [...] melalui NurizSpace, Les CopaQue ] beli setem upin dan ipin, cerita terbaru upin dan ipin, design setem upin dan [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold