Ladang Anggur Tasik Beris, Beris Lake Vineyard

Hari ni saya dan keluarga berkesempatan nak melawat Ladang Anggur di Tasik Beris, Sik, Kedah. Tahu jugak pasal ladang ni, tapi sebelum ni tak dak peluang nak pi melawat ladang anggur tu. Sekarang cuti panjang sikit, memang sesuai berkonvoi pi ke ladang tu. Ladang yang terletak 10 km dari Pekan Sik, dekat je kalau dari Alor Setar, lebih kurang 1 jam lebih masa perjalanan.

Ladang Anggur Tasik Beris, Kg Ternas Sik

Ladang Anggur Tasik Beris, Beris Lake Vineyard

Ladang anggur tu dah  2 tahun lebih, diuruskan oleh Excel Agrotech Sdn Bhd. Ladang seluas 34 ekar, terpegun dan berbangga jugak la daerah Sik sekarang ada ladang anggur…tak pecaye?? percaya la hehe!! bukan kat negeri mat saleh je boleh tanam anggur, Kedah pun ada… subur lagi buah buah anggur tu…alahai macam nak makan je bila masuk dalam ladang tu, tapi dilarang memetik ye. Kalau nak makan boleh beli. Depa siap bungkus dah, tapi tadi yang ada anggur hijau je, yang merah takda, tapi hijau pun manis, lazat sangat.

Cara cara nak pergi ke Ladang Anggur di Beris Lake:

dari lebuhraya Utara Selatan , exit dekat Gurun ke Jeniang, lepas tol ada sampai simpang 3, belok kanan, ada papan tanda Ladang Anggur(antara banyak2 papan tanda situ) . Lepas tu terus saja sampai jumpa simpang 4 dekat Jeniang terus lagi.

Perjalanan kira-kira  4 km dari Jeniang. Pergi terus lagi sampai jumpa Empangan Beris Lake.

Peta ke Beris Lake

Ada banyak jalan baru kat Sik Baling tu, jadi kena le tanya orang kalau sesat.

(tak jumpa jugak, tanya orang le ye, malu bertanya sesat jalan..)

Alamat :

Beris Lake Vineyard  (Ladang Anggur Tasik Beris)
Lot 264, Kampung Ternas
08200 Sik. Kedah Darul Aman
Tel : 604-4620466
H/P : 019-5667908
Fax : 604-4620611

Beris Lake Vineyard ni dibuka pukul 9.30 pagi – 6.30 petang. Tiket bagi orang dewasa ialah RM3.00, kanak kanak RM1.50.

Tasik Beris, Sik Kedah

Tasik Beris hasil dari empangan Beris, Sik pun cantik, ada tempat rehat dan sejuk mata memandang..cantik sangat, kawasan tu sejuk dan berbukit bukit jadi memang sesuai la tu untuk anggur hidup.

Beris Lake Vineyard

Kat situ jugak ada macam macam produk hasil dari anggur macam sabun, jus, kordial, kek pun ada, cafe pun ada..Ramai orang dah datang, dan bila nak balik semua bawa 2,3 bungkus anggur. 500gm anggur, harganya RM 10.

Anggur di Ladang Anggur Tasik Beris

Petang ni masa saya pi, ada anggur merah je yang tengah masak, yang hijau masih kecil kecil lagi baru nak membesar. Jadi kawasan anggur hijau tu tak dibenarkan masuk.

Ladang Anggur di Tasik Beris Sik

Tengok le..betapa segar bugar anggur anggur ni..rasa macam nak petik je dengan mulut ..hehehee

Kalau datang ke Kedah, jangan lupa mesti pergi ke Ladang Anggur Tasik Beris di Sik ni, kalau tak pi..rugi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

12 Responses to “Ladang Anggur Tasik Beris, Beris Lake Vineyard”

  1. Anonymous says:

    belalang pun blum pernah ke sana…
    name saj dok kedah kan…
    hahaha…

    nanti2 nak kena try test p jugak nih…

  2. Jzbusinessworld says:

    baguslah info ni nuriz.. jz pun nak pi gak la.. tertarik tgok gambar2 nuriz letak tu terutama anggur yang segar2.. mesti borong anggur2 tu.. nyam nyam.. :)

  3. Anna says:

    wah..beshnye..dulu masa kecik2 slalu berangan nak gie oberse semata2 nak gie ladang anggur..hhehe..skang kat kedah pun dah ada..heheh

  4. Nzzabri says:

    Kami ni datang bercuti di Jitra, DCG. jadi semalam pergi padang besar shopping ler.Balik dari Padang Besar,kami singgah di ladang anggur Batu Pahat tak jauh dari Taman Ular.Bila sampai kami masuk ler,masuk percuma aje.cari-cari buah tak ada…. sekarang ni kat sini buah dah habis musim,jadi tak dapat la tengok macam kat gambar yang hang tunjukkan tu. Jadi hari nie nak gie sana pulak la…

  5. Lynn Hamzah says:

    bestnyer kalau dapat tgk ladang anggur nie…

  6. Suara Kalbu says:

    Uiksssssssssss… idok sangka ada ladang anggur yang subur. Bulat bulat anggurnya macam saya juga hihihih

  7. Fuzaho says:

    kalau p dalam 1 jan ni ada tak buah anggur lagi? kalau nk menginap mcm mana?

    • Anonymous says:

      Anggur merah tu akan dipetik 2 minggu lagi masa tarikh saya pi 24 hb, mungkin ada lagi, tapi kalau anggur merah dah petik masih ada yang warna hijau. penginapan kat ladang tu tak ada ..maybe kena cari homestay dekat2 kawasan2 tu

  8. [...] Ladang Anggur Tasik Beris, Beris Lake Vineyard | nurizspace [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold