Kutipan Hantu Kak Limah Sudah 1.2 juta

Kutipan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sudah 1.2 juta, tapi belum dapat pengesahan lagi. satu perkembangan yang baik dan berita gembira buat Mamat Khalid.  Filem filem lawak dari Mamat Khalid ni jarang mengecewakan mcm filem Man Laksa, dan Zombi Kampung Pisang.

Petikan dari Kosmo:

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid mencatat kejayaan membanggakan apabila memperoleh kutipan hampir RM1.2 juta selepas dua hari ditayangkan di 48 pawagam di seluruh negara.

Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai, berkata filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang bergenre komedi romantik ada kekuatan tersendiri hingga berjaya menarik penonton yang ramai sejak hari pertama tayangan, Khamis lalu.
“Selain sarat dengan kritikan sosial, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah turut menyindir budaya orang Melayu yang percaya dengan cerita tahyul. Bagaimanapun, saya yakin kekuatan utama filem ini adalah garapan Mamat Khalid selain bintang utamanya, Awie.

“Filem Hantu Kak Limah Limah Balik Rumah mendapat kutipan RM330,000 pada hari pertama tayangan Khamis lalu. Kutipan filem ini meningkat pada hari kedua iaitu lebih RM800,000 menjadikan jumlah kutipan hampir RM1.2 juta dalam tempoh dua hari di pawagam.

“Kami menjangka filem ini akan mencapai kutipan melebihi RM4 juta,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam.

Gayatri berkata, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah karya keempat Mamat Khalid bersama Tayangan Unggul Sdn Bhd selepas Man Laksa, Kala Malam Bulan Mengambang dan Zombie Kampung Pisang.

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd adalah sekuel filem Zombie Kampung Pisang yang sebelum ini mendapat kutipan RM2.8 juta.

Pelakon pelakon dalam  filem Hantu Kak Limah yang memegang watak Mamat -Awie, Abi Hurairah- Johan Raja Lawak, Ummi Nazeera, Usop – Shy8, Avaa Vanja, Kak Limah-Delimawati, Zami Ismail, Pekin, Pak Jabit- Man Kadir dan Wak Joko-Sofi Jikan.

UPDATE

KUTIPAN HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH SELEPAS 7 HARI 2.7 JUTA HAMPIRI 3 JUTA -Berita Harian

kutipan kasar RM2.7 juta selepas seminggu ditayangkan menerusi 48 panggung di seluruh negara, bukan sekadar memberi kelegaan tetapi juga senyuman bangga kepada penerbit filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Gayatri Su-Lin Pillai.

Tanpa teragak-agak, Gayatri mengaku kutipan sebanyak itu menjadikan Hantu Kak Limah Balik Rumah dianggap tertinggi dikalangan filem yang diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB).

“Saya rasa angka kutipannya akan terus meningkat berdasarkan sambutannya yang masih tinggi. Ya! Saya akui kutipan Hantu Kak Limah Balik Rumah ini memang yang tertinggi dikalangan filem terbitan Tayangan Unggul,” katanya kepada Hip. Gayatri berkata, dia memang menjangka filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mendapat sambutan baik daripada penonton tetapi tidak menduga maklum balas penonton amat memberangsangkan sehingga mencetuskan ‘fenomena’ tersendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Kutipan Hantu Kak Limah Sudah 1.2 juta”

  1. memang layak dapat camtu, sebab hiburan yang kita dapat pun best..lawak giler..tak puas tengok sekali..

  2. sarahnajwan says:

    napok gaya..nk kene tgk citer nih…hehe..tapi tgk cd je la nati..

  3. Akubiomed says:

    M.Khalid dah ada pengikut tentu ramai yang akan menonton maklumlar cuti sekolah pun dah nak sampai penghujung

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold