Keputusan Piala Suzuki AFF 2010, Malaysia lawan Indonesia

UPDATE : VIDEO YOU TUBE ,KEPUTUSAN PIALA SUZUKI, MALAYSIA MENANG 3-0 KE ATAS INDONESIA.

Video You Tube Jaringan Gol oleh Safee Sali dalam pusingan akhir Piala Suzuki kedua di Bung Karno , Malaysia 4 Indonesia 2

Pasukan mana yang bakal jadi juara Piala Suzuki AFF 2010 malam ni? Malaysia dan Indonesia adalah pasukan yang bakal mencipta sejarah kerana pertama kali dua pasukan ni akan betanding di peringkat akhir Piala Suzuki.

Sebagai rakyat Malaysia saya berbangga dengan pasukan Malaysia sebab dapat masuk ke peringkat akhir ni walaupun Indonesia membelasah Malaysia 5-1, namun begitu, Malaysia mampu bangkit semula untuk sampai ke tahap ni. Selama 14 tahun Malaysia tunggu untuk sampai ke tahap ni, jadi tahniah la kepada pasukan bola sepak Malaysia. Malaysia Boleh. Biarlah pasukan Indonesia nak buat serangan psikologi awal awal pun, kalau Malaysia -Indonesia bertemu, memang sudah semestinya panas, bahangnya akan semakin panas lagi malam ni.

Petikan berita sukan di harian Metro

Malaysia mara ke final selepas mengharungi laluan berliku bermula dengan episod dimalukan Indonesia 5-1 pada peringkat Kumpulan A namun kemudiannya bangkit mendadak mengikat juara tiga kali, Thailand tanpa jaringan serta membenam cabaran Laos pada perlawanan terakhir kumpulan.
Skuad bimbingan ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal itu bagaimanapun berterima kasih kepada Indonesia yang menewaskan Thailand pada perlawanan akhir kumpulan bagi membolehkan Malaysia mara ke peringkat separuh akhir dan berjaya menyingkirkan juara bertahan dan tuan rumah Kumpulan B, Vietnam dengan agregat 2-0.

Situasi sebaliknya diharungi Indonesia apabila meraih mata maksimum daripada tiga perlawanan peringkat kumpulan untuk mengesahkan tempat sebagai pasukan pertama ke peringkat separuh akhir.

Kali terakhir Malaysia menewaskan Indonesia di gelanggang sendiri adalah 21 tahun lalu ketika Lim Teong Kim menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir Sukan SEA 1989 dan baki lima perlawanan di Malaysia selepas itu menyaksikan Indonesia menang dua daripadanya dan tiga keputusan seri.

UPDATE: SAKSIKAN PIALA SUZUKI SECARA LANGSUNG DI PUTRAJAYA MALAM NI


Orang ramai dijemput ke Dataran Putrajaya untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF menerusi Skrin LED Gergasi antara Malaysia dan Indonesia malam ni.

Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Samsudin Osman berkata, perlawanan itu boleh disaksikan bermula 8 malam.

“Pemasangan skrin LED gergasi ini memberi peluang kepada warga Putrajaya untuk sama-sama menunjukkan semangat dan sokongan kepada pasukan bola sepak negara sewaktu berlangsungnya perlawanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad ini,” katanya dalam satu kenyataan. – Bernama

p/s: pastinya FRU bersiap sedia malam ni di Bukit Jalil :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold