Kemalangan Bas Simpang Pulai Cameron Highlands, 27 Terkorban

UPDATE : VIDEO KEMALANGAN BAS SIMPANG PULAI

Lagi berita kemalangan bas di Simpang Pulai dekat Cameron Highlands, antara kemalangan yang ngeri untuk tahun ni yang melibatkan bas, dan banyak nyawa terkorban, paling ngeri dulu ialah di Simpang Ampat dan satu lagi rombongan yang membawa belia 4B dari Baling jugak kemalangan bas di Genting Sempah .

Kawasan SimpangĀ  Pulai memang antara kawasan yang kerap berlaku kemalangan, banyak dah kemalangan tak kira bas atau kereta, dah berapa mangsa terkorban di situ. Ada yang kata kawasan tu dah jadi ‘keras’.

Kemalangan Simpang Pulai -gambar dari Mstar online

Gambar kemalangan Simpang Pulai- Cameron Highlands Dis 2010

Petikan berita Bernama

Info berkaitan :
Pemandu bas baru 3 bulan kendali bas
Bas ada 3 saman
2orang dalam senarai mangsa yang meninggal didapati masih hidup
Sekumpulan gagak yang mengikut bas sebelum kemalangan, menjadi bualan penduduk.

Kemalangan Simpang Pulai KM15

Seramai 27 penumpang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.- BERNAMA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Kemalangan Bas Simpang Pulai Cameron Highlands, 27 Terkorban”

  1. Whitecappuccino says:

    teruknyaa…

  2. Anonymous says:

    takut dah nak naik bas skrg nih…
    bnyk sgt nahas yg membabitkan kenderaan nih…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold