Gambar Siti Maryam Mahmod dan Abdul Manan Othman, Kahwin Muda

Siti Maryam Mahmod yang berkahwin pada usia muda iaitu 14 tahun dengan guru agama Abd Manan Othman 23 tahun, tenang menjawab kenapa dia berkahwin pada usia 14 tahun?

“Perkahwinan ialah hak individu dan saya bersedia bermula tugas-tugas seorang isteri, kata Siti Maryam atau Maya, nama panggilan oleh keluarganya. “Saya dah fikirkan tanggungjawab dan akibat-akibat berkahwin di usia muda. Ibu saya sudah memberi segala tunjuk ajar dan pesanan tentang tugas-tugas sebagai seorang isteri.

Gambar Siti Maryam dan suaminya Abdul Manan Othman

Pasangan Siti Maryam Mahmood dan Abdul Manan telah berkahwin pada 22 Okt lalu, mendapat perhatian umum apabila mereka antara 250 pasangan yang hadir diraikan dalam satu jamuan perkahwinan 1Malaysia yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Ahad lalu di Kuala Lumpur.
Maya kata dia tidak dipaksa atau terpaksa dalam membuat keputusan untuk berkahwin.
“Dia( Abdul Manan Othman) melamar saya dan kedua-dua keluarga kami telah bersetuju, itu yang penting”. Siti Maryam menafikan kenyataan yang mengatakan yang remaja perempuan yang berkahwin muda tidakĀ  diberi peluang untuk belajar dan akan menghalang mereka untuk maju dalam pelajaran, atau memaksa remaja menjadi orang dewasa sebelum sampai masanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Gambar Siti Maryam Mahmod dan Abdul Manan Othman, Kahwin Muda”

  1. Solihin says:

    yang tak boleh blah, sharizat boleh plak tak setuju..
    mungkin takut sekolah hamil kosong kot.. huh..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold