Gambar Mangsa Jenayah Seks Julian Assange, Miss A

Siapakah mangsa jenayah seks yang dikaitkan dengan pengasas WikiLeaks ni. WikiLeaks asyik bercerita pasal keburukan dan pasal rahsia ahsia atau dokumen sulit negara negara lain je, orang nak jugak tau kan pasal pengasas Wikileaks ni yang dikaitkan dengan dakwaan jenayah seks. Dua orang wanita yang disebut Miss A dan Miss W masing masing berusia 31 dan 27 tahun adalah wanita Sweden.

Wanita berusia 31 tahun, Miss A ni atau nama sebenar dia, Anna Ardin  adalah seorang aktivis, manakala mangsa kedua adalah seorang wanita berusian 27 tahun  amat terpikat dengan perwatakan dan kebolehan Assange.

Sejak dakwaan yang disifatkan Assange sebagai kempen menjatuhkannya, kedua-dua wanita berkenaan menjauhi daripada publisiti. Selah seorang daripadanya berpindah ke Palestin untuk satu misi mubaligh Kristian dan seorang lagi memutuskan talian telefon.

Ni gambar Anna Ardin atau Miss A.

Anna Ardin atau Miss A yang dikaitkan dengan Julian Assange

Kedua-dua wanita berkenaan dikatakan mula mengenali Assange pada satu majlis pada 14 Ogos lalu.
Pada hari berkenaan, Assange, warga Australia berusia 39 tahun itu sedang mengendalikan satu seminar di Stockholm anjuran sebuah sayap Kristian Parti Sosial Demokratik bertajuk “The First Casualty of War is Truth”.

Miss A ketika itu bekerja dengan sayap parti berkenaan dan bertindak sebagai pegawai tidak rasmi antara Assange dengan wartawan sepanjang lawatannya ke Sweden.

Dia juga dikatakan membenarkan Assange tinggal bersamanya ketika tiba di Stockholm pada 11 Ogos, menurut transkrip polis yang diperoleh AFP.

Miss A dan Assange dikatakan beberapa kali mengadakan hubungan seks di rumahnya di sebuah rumah pangsa di Stockholm, menurut sebuah akhbar tabloid Sweden.

Wakil pendakwaan Sweden memberitahu mahkamah di Britain bahawa berlaku ‘seks paksaan’ pada 14 Ogos apabila Assange mengurung Miss A untuk memehuni nafsunya.

Pada 18 Ogos pula berlaku satu lagi kes apabila Assange melakukan ‘seks luar tabii’ terhadap Miss A tanpa memakai kondom walaupun Miss A membenarkan dengan syarat menggunakan kondom.

Bagaimanapun, Assange masih tinggal di rumah pangsa Miss A sehingga 20 Ogos, termasuk menemaninya dalam satu majlis keraian pada 15 Ogos.

Miss W pula juga pernah menghadiri majlis ceramah Assange pada 14 Ogos dengan duduk di barisan paling depan bersama beberapa wartawan lalu.

Latar belakang dan pekerjaannya tidak banyak diketahui tetapi punca dan sebab dia terpikat dengan Assange banyak dijelaskan dalam kenyataannya kepada polis.

Miss W mengakui sangat terpegun dan terpikat dengan Assange apabila menonton satu siran televisyen mengenai Assange yang memperkatakan mengenai pembocoran maklumat Amerika pada Perang Afghanistan.

Apabila mengetahui pengasas WikiLeaks itu memberi ceramah di Stockholm pada 14 Ogos, dia meluangkan masa sepanjang petang itu untuk bersama Assange dan rakannya, sebelum kedua-duanya menonton wayang bersama.

Dua hari kemudian, kedua-duanya pergi ke rumah Miss W di Enkoeping, kira-kira 50 kilometer di barat daya Stockholm dan di rumah itu, Miss W mendakwa Assange merogolnya tanpa menggunakan kondom ketika dia sedang tidur.

Sumber dari Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Gambar Mangsa Jenayah Seks Julian Assange, Miss A”

  1. aQi says:

    konspirasi tuk memburukkan nama assange..
    sebab beliau takde rekod buruk..

  2. Wan Gerrard says:

    hmm ni sengaja je diorang buat tuduhan kat Assange

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold