Filem Sosilawati, Siapa Pegang Watak Sosilawati?

Pengarah terkenal Mahadi J Murat telah mendapat kebenaran dan lampu hijau untuk mengarah filem biografi kisah jutawan terkenal arwah Datuk Sosilawati dari anak arwah. Dengarnya pengambaran akan mula pada bulan 4 tahun depan. Emm..siapa agaknya akan pegang watak utama sebagai Datuk Sosilawati ye? Adakah Norish Karman? Rozita Che Wan, Nanu?  Sekadar menyebut beberapa nama hehe!! Agak agak sapa la yang pegang watak Sosilawati tu ye, kalau Rozita Che Wan pun ok gak.

Ada syarat untuk Mahadi memfilemkan kisah Sosilawati ni, filem ni tidak memburukkan keluarga dan mencemarkan nama arwah.

Kisah dalam filem tu lebih kepada bagaimana gigih seoarang wanita membina kerjaya dan berjaya dalam perniagaan serta menjadi contoh kepada wanita wanita di luar sana. Kisah suka duka dan kisah percintaan mesti ada jugak kan, baru dramatik lagi filem ni.

Petikan dari Mstar Online:

“Syarat-syaratnya cuma filem itu tidak boleh mencemarkan nama Sosilawati dan tidak memberikan kesan negatif terhadap keluarga mereka,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Tambah Mahadi, filem yang bakal dihasilkan itu agak berat walaupun ia dibuat khas tentang jutawan kosmetik itu.

Bagaimanapun tidak semua kisah yang berlaku mengenai Sosilawati termasuklah detik-detik pembunuhannya akan di filemkan untuk mengelak daripada timbul isu-isu yang tidak diingini.

“Menghasilkan filem sebegini bukannya mudah. Isu dan persoalan dia (Sosilawati) melibatkan banyak perkara. Kita perlu ambil kira dari pelbagai sudut lebih-lebih lagi melibatkan orang yang masih hidup.

“Kemudian mengenai kes pembunuhan pula, saya perlu berjaga-jaga kerana selain menjaga hati keluarga Sosilawati, kita tak boleh buat sesuatu yang boleh menghina mahkamah.

“Apa yang ingin saya paparkan ialah cabaran dan perjuangan seorang wanita yang berjaya dalam kerjaya tetapi kurang berjaya tentang hal lelaki,” ujarnya.

Mengenai pelakon yang akan membintangi filem itu menurut Dr. Mahadi, buat masa ini pihaknya masih belum memutuskan siapa yang akan memegang watak Sosilawati serta watak-watak yang lain.

Sementara itu, Erni berkata, dia sudah bersetuju untuk memfilemkan kisah ibunya itu.

“Sekarang ini kami cuma tunggu kes selesai sahaja dan segala perbincangan bersama Mahadi telahpun dibuat.

“Saya harap dengan pembikinan filem ini, kisah ibu saya dapat dijadikan tauladan selain mampu menaikkan semangat wanita-wanita di luar sana dalam memperjuangkan kerjaya masing-masing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Filem Sosilawati, Siapa Pegang Watak Sosilawati?”

  1. mie says:

    fuh!!!!
    4 thn lagi..
    harap masih ingat nnti..

  2. angahsayang2314 says:

    uittt moga ada la…cth2 yg baik buat yg sudi menjadi perempuan berjaya seperti arwah

  3. ShueQry says:

    setuju filem ni dibuat, sebab ia akan menjadi inspirasi pada wanita-wanita di luar sana.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold