Biodata Profile Nur Fathia Ummu Hani

Nur Fathia pelakon drama Hani ni pernah berlakon dalam beberapa drama sebelum ni, dalam Nur Kasih dia pegang watak Nabila. Fathia, muka anak mami ni, memang mai dari Penang, dia jugak anak sedara kepada pengacara TV3 Fara Deeba , emm patut le cun.

Sikit Biodata dan profile Nur Fathia ni, nama sebenar Nur Fathia Abdul Latif, umur dia 23 tahun, asal dia dari Ayer Hitam Pulau Pinang. Anak sulung daripada empat beradik.  Lahir 1 September 1987. Pelajar tahun akhir Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor. Dia merancang untuk menyambung pengajian dalam Sarjana Undang-Undang (LLB) selama dua tahun lagi.

Pernah membintangi drama Nur Kasih, Musang Berjanggut, Dea Sofea dan Laila Asyikin, semuanya ditayangkan di TV3. Akan bergandingan dengan Pierre Andre dalam filem Hijab. Fathia menceburkan diri di bidang seni pada usia 19 thun dalam iklan syampu Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink dan Produa.

Nur Fathia

Apa kata Fathia

Ciri-ciri lelaki yang mampu mencuri hatinya yang masih kosong itu. Nur Fathia tersenyum manis menampakkan barisan gigi putih yang bersih dan cantik.

“Kalau boleh biarlah bakal teman lelaki saya nanti seorang yang mempunyai pegangan agama, rendah diri, bertanggungjawab, dapat membimbing saya dan kalau boleh tak nak dari kalangan artis.

“Tetapi sekarang ini saya memang tidak ada masa hendak mencari teman lelaki. Mana dengan sibuk belajar dan pada masa sama, hendak berlakon lagi,” katanya yang sedang bercuti semester ketika ini.

“Secara jujur, saya belum ada pengalaman lagi diburu VIP. Saya tidak pandang darjat dan harta, sebaliknya selesa berkawan dengan semua orang.

“Kalau ada VIP yang nak berkawan, saya akan layan sebagaimana orang lain dan tidak perlu hendak sombong dan kurang ajar,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Biodata Profile Nur Fathia Ummu Hani”

  1. ShueQry says:

    salam Nuriz, wow..saya bangga dengan awak, sekarang dah berpindah ke self hostes wordpress! Syabas, moga semangat berblog semakin membara selepas ini!

    Saya bangga berkawan dengan awak. It is a honour to be alongside you, always.

    -ShueQry-

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold