Barbie Ada Kamera Kat Dada.. Apa Hal?

Patung mainan Barbie yang popular di kalangan kanak kanak perempuan ada versi baru iaitu dilengkapi kamera di dada patung tu sebagai loket, mula diedar pada Julai lalu. Di belakang Barbie tu pulak ada Lcd yang boleh play video yang mampu merakam selama 30 minit. Sapa le pencipta yang bagi idea nak bubuh kamera di Barbie ni. Teknologi dah semakin canggih, semaikn pelik, selalunya hidden camera ni orang guna untuk tujuan mengintip, penyiasat persendirian guna le camera camtu. Budak budak guna nak rakam apa? Mungkin nak rakam masa budak pompuanĀ  tu tengah cakap cakap dengan patung dia kot, boleh jadi le…Hahaha pelik betul? Video yang dirakam tu pulak boleh diedit dan dimasukkan ke komputer.

Rasanya pengeluar Barbie akan dapat untung banyak tau sebab bukan budak budak perempuan je teringin nak beli, orang tua pun nak beli ni sebab nak buat rakam video. Orang nak intip sesapa ke, laki nak intip bini, bini nak intip laki ke boleh guna patung Barbie kot. Sebab orang tak tau yang Barbie ni ada kamera tersembunyi kat dada dia..Hehehe!!

Tak nampak kesesuaian pun le kamera tu diletakkan di situ. Zaman dulu kalau beli anak patung takde la secanggih ni, zaman 2010 ni mcm mcm jenis mainan tapi yang paling pelik sekali. Bukan le apa tapi mungkin boleh disalahgunakan le pulak nanti.

Cuba tengok gambar Barbie yang ada kamera di dada :

Patung Barbie ada kamera

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Barbie Ada Kamera Kat Dada.. Apa Hal?”

  1. adamokhtar says:

    canggih betul… boleh la mengintip lepas ni..

  2. pnr0s says:

    bahaya kan permainan zaman skang ni huhu….

  3. Solihin says:

    adeyhhh… macam2 la skang..
    suka sangat nak intip2 org apsal..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold