Asmirandah Dalam Mihrab Cinta, Filem Mihrab Cinta

Siapa Asmirandah, saya tak berapa kenal Asmirandah, dia ni pelakon seberang, korang kenal ke Asmirandah? bagi peminat filem seberang atau sinetron mesti tau kot siapa Asmirandah ni. Kalau pernah tengok iklan deodorant Axe, ingat dak gadis yang pegang botol sos pastu dia nak ngorat lelaki tu, dia tulis no telefon dengan sos ..hehe!! cun kan gadis tu? Tu le Asmirandah. Umur baru 21 tahun.

Asmirandah dalam Mihrab Cinta

Asmirandah, Iklan Axe

Dalam filem terbarunya Mihrab cinta dia akan berlakon bersama Dude Harlino, memegang watak seorang gadis yang mula belajar nak bertudung. Dia akan memegang watak gadis sederhana, Silvi, yang baru belajar menutup aurat.

Petikan dari Harian Metro

Dia tidak menghadapi masalah untuk memegang peranan itu, lebih-lebih lagi dia sering memainkan watak protagonis, baik dalam drama televisyen mahupun filem.

“Tidak banyak bezanya antara filem dengan drama televisyen. Alhamdulillah, saya tidak mempunyai masalah untuk memegang watak Silvi dalam filem terbaru saya,” katanya di sidang akhbar di Menteng, Jakarta Pusat, semalam.

Dalam kehidupan seharian, Asmirandah yang berdarah Belanda berkata, dia memang sudah ada hasrat untuk memakai tudung.

Dan ketika ini, aktres itu yang berlakon dalam drama bersiri ‘Syurga Mu,’ masih berusaha menguatkan hati untuk bertudung.

“Yang penting niatnya dulu,” kata aktres itu yang lebih mesra dengan panggilan Andah.

Katanya, dia menaruh harapan agar filem yang dilakonkan bersama Dude Herlino itu akan membawa pengajaran baik kepada penonton.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Asmirandah Dalam Mihrab Cinta, Filem Mihrab Cinta”

  1. ShueQry says:

    konpom saya tak leh nak tidur malam sebab ternampak wajah Asmirandah..

  2. caliph says:

    jmpa cyg ku kt sini, hikk…
    [view sini]

  3. Rfizu27 says:

    weii..aku minat asmirandah..wuwu..aku minat lepas tgk dia dalam cerita KETIKA CINTA BERTASBIH..huhu..

  4. H.P.B Blog says:

    owh
    dia ker…wah
    dua2 pic cun kan

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold