Apa itu WikiLeaks? Pendedahan Terbaru WikiLeaks

Apa itu Wikileaks? mengikut Wikipedia..

Wikileaks ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang bertapak di Sweden yang menerbitkan dokumen-dokumen sulit yang didapati daripada sumber-sumber yang tidak diketahui dan maklumat Internet yang dibocorkan. Tapak webnya dilancarkan pada tahun 2006 dan dikendali oleh The Sunshine Press. Pertubuhan ini mendakwa ia diasaskan oleh para penentang politik China, wartawan, ahli matematik dan ahli teknologi syarikat baru dari Amerika Syarikat, Taiwan, Eropah, Australia dan Afrika Selatan. Menurut rencana akhbar dan majalah The New Yorker (7 Jun 2010), seorang wartawan dan aktivis Internet berbangsa Australia bernama Julian Assange adalah pengarahnya. Setahun selepas dilancarkan, tapak ini mengaku menyimpan dokumen melebihi 1.2 juta.

wikileaks

Pengasas WikiLeaks, Julian Assange, minggu lepas, menyerah diri kepada polis Britain bagi membantu siasatan jenayah seksual di Sweden. Siapa Julian Assange dan Wikileaks sila baca SINI

Pada April 2010, WikiLeaks menghantar video serangan helikopter 2007 di mana orang awam Iraq dan kakitangan Reuters dibunuh oleh tentera A.S., di sebuah tapak web yang dipanggil Collateral Murder.

Pada Julai pula, WikiLeaks mengeluarkan Diari Perang Afghan, susunan lebih 76,900 dokumen risikan A.S. mengenai Perang Afghanistan. Pada Oktober tahun yang sama, tapak web ini mengeluarkan pula hampir 400,000 dokumen yang dipanggil Log Perang Iraq dengan kerjasama pertubuhan media komersil utama. Seterusnya pada November, ia mula membocorkan lebih 250,000 kawat diplomatik A.S., sekali lagi dengan kerjasama beberapa pertubuhan akhbar komersil utama.  Sekitar 100,000 dilabel “sulit” manakala ~15,000 dokumen lagi dilabel “rahsia”.

Sejak akhir akhir ni media asyik melaporkan tentang WikiLeaks. Semalam berita melaporkan WikiLeaks membuat pendedahan terbaru, bahawa Anwar Ibrahim memang seorang peliwat.

WikiLeaks menyebut, Singapura didapati mengesahkan kepada agensi perisikan Australia bahawa Anwar memang seorang peliwat. Ini bermakna di kalangan agensi perisikan dan keselamatan Barat, terutama Amerika Syarikat memang sudah sedia maklum mengenai aktivti sumbang seks Anwar ini.

Lagi, WikiLeaks mendedahkan beberapa kenyataan diplomat Singapura terhadap pemimpin negara Asia, termasuk Malaysia, yang dianggap mengamalkan rasuah, tidak cekap atau bodoh.

Petikan Berita Harian:

“Kepemimpinan tidak cekap adalah masalah besar kepada Malaysia,” Setiausaha Tetap Kementerian Luar, Bilahari Kausikan dilaporkan menyatakan demikian kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat bagi Asia Timur, David Sedney dalam kabelnya bertarikh September 2008.
Justeru, ‘keadaan di negara jiran, Malaysia adalah mengelirukan dan berbahaya,’ dan ‘kemungkinan jelas boleh berlaku konflik perkauman’ yang menyaksikan golongan etnik Cina ‘melarikan diri’ dari Malaysia dan ‘membanjiri’ Singapura.
Seorang lagi pegawai, Peter Ho, dilaporkan menyifatkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘seorang oportunis’ yang ‘tidak teragak-agak’ mencari kesalahan Singapura jika beliau ‘perlu melakukannya’.

Pendedahan mengenai Steven Spielberg(pengarah/penerbit  filem terkenal), 14 negara Arab Boikot Steven Spielberg.

WikiLeaks mendedahkan penerbit filem terkenal berketurunan Yahudi, Steven Spielberg dan yayasan miliknya, Righteous Persons Foundation diboikot oleh Liga Arab pada 2007.

Spielberg disenarai hitamkan oleh Pejabat Boikot Liga Arab selepas dia menderma sebanyak AS$1 juta (RM3.2 juta) kepada Israel semasa konflik bersenjata di Lebanon pada 2006.

Satu memo Kedutaan Amerika Syarikat yang didedahkan oleh WikiLeaks menunjukkan semasa persidangan Liga Arab pada April 2007, diplomat atau wakil dari 14 negara mengundi untuk menggantung semua filem dan produk-produk lain berkaitan dengan Spielberg atau yayasan miliknya.

Menurut memo itu, ketua jabatan pemboikotan serantau terhadap Israel dari Syria, Muhammad al-Ajami berkatam Algeria, Iraq, Lebanon, Kuwait, Libya, Maghribi, Palestin, Qatar, Arab Saudi, Sudan, Syria, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu dan Yemen bersetuju untuk menggantung semua hasil kerja Spielberg.

Malaysia, Iran, Pakistan dan Indonesia yang turut hadir pada sidang itu menyokong keputusan itu. Memo dari Kedutaan Amerika di Damsyek ke Washington menyatakan bahawa ‘negara tersebut dan negara lain akan melaksanakan penggantungan mereka sendiri, sama seperti yang diambil oleh negara Arab’.

“Kepemimpinan tidak cekap adalah masalah besar kepada Malaysia,” Setiausaha Tetap Kementerian Luar, Bilahari Kausikan dilaporkan menyatakan demikian kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat bagi Asia Timur, David Sedney dalam kabelnya bertarikh September 2008.

Sumbangan derma itu dilihat sebagai hipokrit di pihak Spielberg memandangkan pendirian etika yang diambil oleh Spielberg dalam isu lain termasuk Darfur, malah ia boleh mengakibatkan lebih banyak kemarahan.

”Malah pemaparan watak orang Arab dalam filem Raiders of the Lost Ark adalah sangat buruk, macam kartun dan penuh dengan stereotaip,” katanya.

Spielberg menubuhkan yayasan Righteous Persons pada 1994. Menggunakan hasil keuntungan dari filem Schindler’s List dan Munich, yayasan itu memberi tumpuan bagi mewujudkan masyarakat Yahudi yang teguh di Amerika Syarikat

Boleh percaya ke segala pendedahan WikiLeaks ni?

Bagi saya le, tak pasti le kesahihannya, mungkin ada yang benar mungkin ada yang tidak. Di internet orang boleh buat macam macam, atau pun sengaja nak memecah belahkan hubungan diplomatik, umpama batu api, mengada adakan benda yang tak ada dan akhirnya mengeruhkan lagi keadaan. Mungkin ada muslihat yang tersembunyi..ada udang di balik mee..

Berita tentang pengasas WikiLeaks, Julian Assange yang terlibat dengan jenayah seksual? sila baca kat iAwani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Apa itu WikiLeaks? Pendedahan Terbaru WikiLeaks”

  1. wow..sekali lagi,thanks Nuriz! saya tak sempat cover cerita ni.. Anyway, boleh kita bertukar-tukar emal? Ada mahu berbincang dan bersembang-sembang, nak belajar sesuatu dari Nuriz.. Email saya di letak kat dalam komen ni..

  2. Wan Gerrard says:

    wah, thanks link blog Gerrard ^_^

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold