UUM Tangguh Dua Sesi Konvo Kerana Banjir Teruk

 Entri : Gambar Banjir, Sintok dan UUM

 Hujan yang tak henti henti menyebabkan banjir di kawasan sebelah utara, Perlis, Kedah tak terkecuali. UUM antara kawasan yang teruk dilanda banjir, lebuhraya Utara Selatan di Canglun dah ditutup.

 Baca berita ni :

Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok menangguhkan dua sesi terakhir sempena konvokesyen kali ke-23 universiti itu hari ini berikutan penutupan jalan di Kilometer 10.5 Lebuhraya Utara-Selatan di Changlun akibat banjir, sejak semalam.

Gambar dari Zihan.com

Naib Canselornya, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata sesi kelima dan keenam majlis konvokesyen itu terpaksa ditangguhkan pada Januari depan tetapi tarikhnya belum ditetapkan lagi.

 ”Penangguhan konvokesyen pada hari terakhir itu berikutan graduan dan ahli keluarga mereka tidak dapat datang ke UUM berikutan penutupan laluan di lebuh raya berkenaan akibat ditenggelami banjir.

“Selain itu, kakitangan universiti termasuk pensyarah turut terjejas dengan banjir dan pihak universiti memutuskan untuk menangguhkan majlis itu pada sesi khas Januari tahun depan,” katanya.

Sesi terakhir majlis konvokesyen itu sepatutnya menyaksikan 1,373 graduan daripada beberapa kursus menerima ijazah mereka hari ni.

Sumber : Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “UUM Tangguh Dua Sesi Konvo Kerana Banjir Teruk”

  1. Fyzal says:

    bahaya banjir2 ni buat konvo. kena plak pakai jubah2 tu.

  2. ardinihumaira says:

    huuuu risaukan banjir2 ni…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold