Syamrin Fotograf Meninggal Dunia

 Syamrin vokalis kumpulan rock popular 90an Fotograf meninggal dunia pada pukul 6.30 petang tadi. Syamrin dikatakan rebah ketika bermain bola sepak. Dia meninggal pada usia 43 tahun. Masih ingatkah lagi lagu popular kumpulan Fotograf, Di Alam Fana Cinta, Ke Pintu Kasihmu, Nafas Kekasih dan Luka Seribu Rindu, byk lagi yg best best lagu Fotograf.

 Kumpulan Fotograf (Syamrin dua dari kanan)

 Berita dari Murai.com

Vokalis kumpulan Fotograf, Shamrin Abdul Samad atau lebih dikenali dengan nama Shamrin,43, telah pun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.40 petang tadi.

Penyanyi lagu Di Alam Fana Cinta yang baru saja menjadi artis naungan syarikat rakaman Alibi Music itu dilaporkan jatuh rebah sewaktu dia bermain bola sepak di padang bola kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, punca kematian Shamrin masih belum dapat dikenal pasti kerana sebelum ini penyanyi yang bersuara lantang ini tidak pernah dilaporkan mengalami sebarang sakit.

Portal hiburan murai.com.my dimaklumkan, sewaktu kejadian berlaku, Shamrin sedang bermain bola sepak bersama artis-artis termasuklah Shah Slam.
Berita kematian ini telah pun disahkan oleh bekas pengurus kumpulan Slam iaitu Johan Aziz yang telah pun membuat panggilan secara langsung menerusi radio Suria FM dalam segmen petang yang dikendalikan Linda Onn.

Difahamkan, sewaktu mengesahkan berita ini, Johan masih lagi berada dalam keadaan yang sedih dan terperanjat, begitu juga dengan rakan-rakan selebriti yang lain.

Kini, jenazah arwah Shamrin telah dibawa ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru untuk bedah siasat.
Sekalung takziah buat ahli keluarga Shamrin dari murai.com.my. Semoga roh penyanyi ini dicucuri rahmat.

 Berita dari Harian Metro:
Shamrin meninggal dunia pada Khamis lalu, tepat jam 6.40 petang selepas rebah sewaktu bermain bola sepak sempena perlawanan persahabatan artis dengan syarikat insurans di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur di padang bola kawasan Kampung Baru dan terus dibawa ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

Doktor mengesahkan meninggal dunia, kemudian jenazahnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Allahyarham disyaki menghidap sakit jantung, meninggalkan tiga anak, Akmal Danish, 5, Akmal Shamim, 1, hasil perkahwinan dengan Jazriatul Akma Abu Saman, 29, yang kini sarat mengandung anak ketiga serta Siti Najwa, 17, hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Noreda Mohd Razali.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam SS22, USJ Subang Jaya, Selangor sebelum solat Jumaat, semalam.

Penyanyi kelahiran Kajang, Selangor pada 15 September 1965 ini mula membabitkan diri dalam muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf menerusi album pertama, Iramanya Bergetar pada 1989 dan menghasilkan lima album, 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Syamrin Fotograf Meninggal Dunia”

  1. Fine says:

    Takziah…
    Terkejut mendpt tahu berita sedih ini..

  2. munna says:

    Takziah .. AL Fatihah… ajal maut di tangan tuhan

  3. AiDa AzRyN says:

    Al-Fatihah~

  4. mahira oya says:

    al-fatihah

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold