Slot Lagenda Putera Katak di Tv3 dan Tv9, Sinopsis Putera Katak

Slot Lagenda baru Putera Katak akan ditayangkan pada 29hb Nov ni selepas habis Ulek Mayang. Pelakon utama dalam drama Putera Katak ialah Nora Danish dan Zizan Nin. Zizan Nin akan jadi Putera Katak dan Nora sebagai heroinnya. Pengarah drama ni ialah Adam Hamid.

Nora Danish dalam Putera Katak


Sinopsis Putera Katak,

Drama alam fantasi dan magis ni menceritakan Putera Amar menemui cinta sejatinya dan halangan dalam membebaskan diri daripada sumpahan.
Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.
Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan.
Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.
Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.
Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya.
Puteri Zadora
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Slot Lagenda Putera Katak di Tv3 dan Tv9, Sinopsis Putera Katak”

  1. Bit Zamri says:

    allllllaaaaa..sepatutnya bit yg jadi pelakon heroin tuuuu~
    agagagagga~ **versi perasan!..

    nak putera katak kita!

  2. ardinihumaira says:

    dni nak jadi heroin tak nora danish nak jugak. huuu :p

  3. Jieda says:

    suka tengok drama arahan adam hamid

  4. Athirah says:

    wujud ke manusia jadi katak??
    dan memerlukan cinta sejati untuk sembuh???

  5. Athirah says:

    wujud ke manusia jadi katak??
    dan memerlukan cinta sejati untuk sembuh???

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold