Perniagaan Gelang AC Mizal Terjejas, Pembongkaran Bisnes MLM Ac Mizal?

Entri : Syarikat Ac Mizal Disyaki Tidak ada Lesen Jualan Langsung

Ac Mizal telah membuat laporan polis kerana dakwanya ada beberapa blog dan di laman facebook telah memfitnah dan menggugut nak sembelih dia dan fitnah terhadap harga gelang tangan yang dikatakan boleh mengubati penyakit.Disebabkan laman blog tu, perniagaan gelang Ac Mizal dah terjejas dan hilang kepercayaan dari pelanggan.
Laman blog tersebut dikatakan telah membongkar harga gelang yang sepatutnya tidak le semahal harga gelang yg dijual Ac Mizal, kebenarannya tak pulak pasti. Tak berani nak komen nanti kena saman naya..
So tengok je la isi kandungan berita penuh ni, laporan polis oleh Ac Mizal dan gambar harga gelang dan perbandingan harga..

Berita dari Harian Metro


Pelakon dan pengacara, Datuk Mizal Zaini, 39, atau nama komersialnya AC Mizal (gambar) membuat laporan polis bagi membersihkan nama dan demi keselamatan selepas mendakwa menerima ugutan melampau serta pelbagai fitnah yang ditulis dalam beberapa blog, kelmarin.
Beliau yang juga seorang ahli perniagaan membuat laporan kira-kira jam 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini.

Menurut sumber polis, artis itu mendakwa menjadi mangsa pesaingnya yang turut menjalankan perniagaan sama dan beberapa blog mengaitkan namanya dengan pelbagai fitnah termasuk tuduhan dia menipu pelanggannya.

“Selain artis terbabit, turut menjadi mangsa ialah pekerja syarikatnya dan kejadian itu berlaku sejak lima bulan lalu. Sebelum ini mereka tidak ambil peduli kerana menganggap tuduhan dan cubaan itu sengaja dilakukan untuk memburuk dirinya dan syarikat.

Antara ugutan itu ialah ‘elok sembelih je kot’ dan ‘AC Mizal ni dah tak sabar nak masuk ‘jail’ ke apa?’ dipercayai ditulis individu yang juga pesaing dalam perniagaan dilakukannya.

Sumber itu berkata, dalam laporannya AC menyatakan antara tuduhan yang menjejaskan reputasinya dalam blog ialah mengenai harga kos serta jualan produk milik syarikatnya selain dakwaan dia cuba menipu pelanggan dengan testimoni palsu.

Katanya, selain itu, penulis blog itu didakwa turut cuba mengaitkan kehidupan peribadi artis berkenaan yang sengaja dibuat dengan tujuan mempengaruhi orang ramai supaya membencinya.

“Berikutan tuduhan dan fitnah itu, artis terbabit mendakwa perniagaannya mula terjejas selain beberapa kakitangannya mengalami nasib sama kerana orang ramai mula terpengaruh dengan semua yang ditulis dalam blog berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat AC.

“Setakat ini, kami masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” katanya.

imej gelang dan perbandingan harga diambil dari web aididmuaddib.blogspot.com
Gelang berharga usd 25 ni dari senarai harga gelang di Hottime Jewelry co. Ltd atau korang leh masuk web tu
www.hottime.cn.. address web semua ada dalam imej tu.

Laporan polis dibuat oleh Ac Mizal

p/s : kalau gelang ni mujarab..emm klinik dgn hospital tutup le..lagi satu..lelaki takleh pakai gelang dgn subang kan…pikir pikir le sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

12 Responses to “Perniagaan Gelang AC Mizal Terjejas, Pembongkaran Bisnes MLM Ac Mizal?”

  1. ardinihumaira says:

    hoh.. habis la ac pasni

  2. MamaYatie says:

    sama2 kita tunggu sapa betul sapa salah yer..

  3. princeduyong says:

    tunggu…jika benar…tegakkan…

  4. azhar says:

    kalu dah ada sifat iri hati cam ni lah jadik…tak leh tgk orang lain berjaya…..

  5. amar says:

    eh, betul ke?

    tapi kita think positif la, maybe ada hikmah disebalik perkara ni.

    harap tak masuk mahkamah, nanti buka pekung kat dada.

  6. AngahSayang2314 says:

    aduh.. macam2 la diorang nie… ada2 jer nak jatuhkan org.. isk..isk…

  7. MiSs TOrA says:

    tatawu le kebenrannye tp ada la selongakar kt fb n blog sal copy paste testimonial tu =) pe3pn berani kerana benar tkut krana salah hehehe..slmt beramal =)

  8. Mario says:

    aku pun takut nak komen ,,,hehe

  9. ::fadxieza:: says:

    kuang3..

  10. belalang hijau says:

    jauh bebenor lari harganyer…
    betul ke?

  11. ~ Lady ell ~ says:

    takyah komen2…kang kene saman..hehehe habislah duit simpanan nuriz kalo kene saman ngan AC…

  12. masmurni says:

    apa-apa je la kan..mcm2…xleh komen lebih2 nih…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold