Kes Kena Tipu Di Mudah.com.my

Membeli barang dan jual barang secara online sekarang memang popular. Baru baru ni kat Kosmo ada pasal duit orang yang lesap di internet dan rugi antara 200,000 hingga  300,000 kerana pembelian secara online. Selalu pembelian dibuat melibatkan transaksi urus niaga melalui kad kredit, atau perbankan online. Masih ramai yang tak percaya beli secara online, tapi ramai jugak yang lebih suka beli secara online, tapi rasanya jumlahnya masih sedikit.
Saya pun kureng jugak nak beli secara online. Lebih baik beli barang kat kedai, boleh tengok, belek belek, boleh pilih kemudian dah puas hati baru beli. Ada laman web yang boleh dipercayai, yang popular dan selamat membeli secara online, jadi pengguna kena bijak pilih dan bijak berurusan.

Ada cerita sikit pasal kena tipu di mudah.com.my ni, antara website yang popular jugak, di web ni orang boleh iklankan barang-barang dan servis. Ada dua cerita kes kena tipu ni:

Kes Pertama
Cerita dari abang saya yang nak beli kamera digital dari seorang lelaki yang berada di Langkawi. Harga kamera digital tu ialah RM 300, yang second hand. Dalam iklan orang tu ..spesifikasi, keadaan kamera yang masih baik..bla bla..

Jadi abang saya pun masukkan le duit dalam akaun orang tu, dan dia janji nak hantar by hand sebab dia nak turun ke Alor Setar. Abang saya pun dah bercakap dalam phone dengan orang tu. Sungguh ramah tamah le.
Tunggu punya tunggu, kamera tu tak dihantar pun. Bila call dan sms dia bagi alasan macam macam. Banyak kerja, kena ke sana ke sini..bla bla..

Abang saya pun tak sedap hati bagi kata dua, tetapkan tarikh dan masa bila sepatutnya dia hantar..tapi dia tak jawab terus, so abang saya pun sedar yang dia dah kena tipu ni..

Jadi abang saya pun emel orang tu, abang saya nak cancel pembelian kamera tu, dan nak dia nak orang tu pulangkan duit semula, bank in dalam akaun semula. Kalau dia tak buat macam tu sehingga esok hari, abang saya akan adu di Tribubal Pengguna. Lagi satu abang saya gertak dia sikit, abang saya kata, dia ada kawan kat Balai Polis Besar Alor Setar nama si polan si polan..hehehe tu yang lawak tu..tapi memang betul pun dia ada kawan kat Pejabat Polis tu.

Agaknya lepas dia dapat emel tu, dia pun call abang saya, dia kata malam ni dia akan bank in duit tu semula. Abang saya kata duit tu masuk dalam pukul 1 pagi..hahaha!! tau takut, nak tipu orang sangat. Abang saya ni selalu jugak beli dan jual barang di mudah.com, sejak 2 tahun lepas tapi ni le kes pertama dia kena tipu.

Kes kedua..

Kawan saya pulak nak jual kereta, dia pun iklankan kereta dia di mudah ni, lepas 2,3 hari dia dapat emel panjang lebar, identiti dan nama dalam emel tu, nama perempuan, bukan melayu. Dia tulis dalam emel tu dia berminat le kereta kawan saya tu, memang dia nak beli kereta tu. Dia nak bank in duit terus ke akaun kawan saya ni. Cerita orang tu lagi..dia nak bagi kereta tu kat suami dia di oversea, suami dia nak pakai kereta tu kat oversea.

Kawan saya ni pun tak teruja sangat le, masih berhati hati lagi..dia pelik le emel ni panjang sangat ceritanya bla..bla..bla orang tu karang..tapi call tidak pun. tengok kereta tidak pun… terus nak bank in duit..pelik kan??
Orang tu mintak nombor akaun kawan saya dan ada beberapa lagi benda yang kawan saya kena buat..yang jadikan kawan saya ni pelik sesangat-sangat.

Lepas tu kawan saya dapat lagi emel atas nama lain, tetapi lebih kurang macam emel yang pertama, tapi cerita lain sikit, cuma orang tu cakap nak bank in terus duit dan mintak kawan saya buat beberapa perkara macam emel pertama.

Memang sah kan penghantar emel tu ada agenda lain, dan nak meipu secara online, menggunakan nama dan emel yang berbeza nak mengelirukan orang.
Bukan saja orang yang iklankan barang je tipu orang ye, orang yang nak jual pun kena tipu ni, bukan dia nak beli pun barang, tapi nyaris kena tipu.

Pengajaran dari cerita cerita di atas, berhati hati sebelum berurus niaga secara online. Jadi le pengguna yang bijak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Responses to “Kes Kena Tipu Di Mudah.com.my”

  1. misza says:

    Mudah berurusan & mudah kena tipu. semua mudah. sepadan dengan nama dia.

  2. sarah-najwan says:

    saya biasa gak tgk brg2 dlm mudah tu..dan telah membeli satu beruksben sb yg lama kene rampok…

    saya rela pilih lokasi yg hampir dgn kita supaya kita xpyh bank in duit..pakai jumpa 4 mata..tgk2 barang dan nego sket2..

    kalu tmpat jauh..tu yg kita cenderung utk bank in duit..sdgkan brg xnmpk btg hidung lgi..org bole tipukan..

    mcm saya..siap bw lappy..check dulu beruks tu..bole guna atau tak..alhamdulillah..lancar..masih berbalut dan baru sgt2..murahlah sket banding beruks yg baru..hehe

    apa2 pom..beringat2lah..jgn main senang je nk bank in duit..jika ada pilihan..saya rela beli kedai aje..berlambaks pun..

  3. KimiCnoL says:

    selalu jugak beli dan jual barang kat mudah..tapi alhamdulillah xpenah g kene tipu..manusia sekarang pentingkan duit semata2..
    JOM BACE ENTRY BARU
    "1.Lawak Johan dengan Zizan"

    "2.Kelebihan Ayat Ruqyah"

  4. belalang hijau says:

    abg belalang pun pernah gak kene kes mcm nih…berhati2 la dgn urusan jual beli on9 nih

  5. yastro says:

    Pernah beli barang di mudah.com,tp seb bek dekat…face 2 face le jawabnye…

  6. Asyraf Hamasaki says:

    kes mcm ni ada di mana maan sahaja sebab mereka tu senantiasa menanti ruang dan peluang untuk menipu kita
    sometime kita da ambil full stepp of precautions pun akan terkena
    beserah je la pada yg satu

  7. diana says:

    saya tak minat nak beli barang melaui online..
    saya ni bab2 membeli memang cerewet..
    jadi lebih mudah beli kat kedai je..
    lagipun bukan duduk kawasan ulu pun…

  8. Mata Hati says:

    hati-hati selalu.. bukan semua yang ada dalam tu nak jual barang. jalan selamat cari penjula yg tinggal berdekatan. senang nak check dulu keadaan barang sebelum amik keputusan nak beli atau tak

  9. Hariz says:

    Saya pun pernah tertipu beli handphone second hand dan juga untuk kerja part time

  10. Rama2Ungu says:

    betul2..stakt hari ni sy hnya akan berurusan bila sy pasti keselamatan dan jaminan wang dan barang tu..
    ada pro n cont la kan berurusan online ni..pape pun kena la lebih berhati hati semasa berurusan…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold