Keretapi Pertama Di Mekah Mula Operasi Hari Ini

Mecca Metro adalah satu daripada projek-projek pengangkutan hebat dan paling berjaya dalam pemerintahan Raja Abdullah Bin Abdul Aziz.

Sistem keretapi ringan dua landasan itu, dengan sembilan stesen di peringkat awal ini, menghubungkan tiga lokasi iaitu Mina, Muzdalifah dan Arafah iaitu kawasan yang menyaksikan bilangan jemaah yang begitu ramai dalam lima hari ibadah ini berlangsung.

  Keretapi pertama Mekah


 Mekah Metro

Sistem keretapi ini menggantikan peranan 4,000 bas yang digunakan selama ini.
Perjalanan rasmi pertama Mecca Metro akan bertolak dari Mina pada pukul 8 malam tempatan, di mana para jemaah berhimpun di situ pada hari Tarwiah sebagai persediaan untuk hari kemuncak di Arafah dengan 2.5 juta dijangka berada di Gunung Arafah dan kawasan sekitarnya.

Sistem keretapi yang dibina oleh firma China, yang hanya diguna selama lima hari setahun, akan beroperasi pada tahap 35 peratus pada kapasiti penuh terakhirnya dalam fasa pertama ini.
Ia hanya akan dibuka kepada jemaah Saudi dan negara-negara Teluk yang dianggarkan seramai 130,00 rakyat Saudi, 10,000 Kuwait dan 10,000 Bahrain, kata ketua Jawatankuasa Haji dan Umrah, Dewan Perdagangan Mekah, Saeed al-Qurashi.

Bilangan tersebut adalah kecil berbanding jumlah keseluruhan jemaah haji tetapi warga lain akan boleh menaikinya pada fasa kedua.
Tatkala semua jemaah memulakan perjalanan di Mekah, keretapi itu pada peringkat awal akan bermula dari Mina menuju ke Muzdalifah dan Gunung Arafah.

 Keretapi pertama Mekah beroperasi hari ini

Semua jemaah akan meninggalkan Mina menuju ke Arafah pada 9 Zul Hijjah iaitu Isnin ini, sebelum ke Muzdalifah dan kembali ke Mina pada Selasa, untuk tinggal di situ selama tiga malam.
Di stesen Arafah 1, gerabak kereta berwarna hijau muda tiba semasa diuji pandu ketika pekerja China dilihat masih memperbaiki sistem pendingin hawa di platform yang lantainya seluas 10 meter.
“Platform ini mempunyai kapasiti untuk menampung 3,000 penumpang pada satu-satu masa,” kata penyelia stesen, Yasser al-Sibaei.

Firma servis British, Serco telah diberi kontrak untuk menyediakan khidmat perunding operasi dan penyenggaraan, dengan kerjasama China Railway Construction Corp (CRCC).
Projek bernilai AS$1.8 bilion (RM5.58 bilion) adalah rangkaian pertama daripada dua yang dirancang untuk mengurangkan kesesakan jemaah haji.

Projek lebih besar iaitu Keretapi Berkelajuan Tinggi Haramain sejauh 444 kilometer menghubungkan Mekah dengan Madinah.
Konsortium firma pembinaan Saudi, Al-Rajhi yang bergabung dengan firma Perancis, Alstom dan China Railway Engineering memenangi kontrak fasa pertama kontrak bernilai RM5.58 bilion bagi kerja-kerja sivil.
Keretapi itu yang akan bergerak menerusi kota Jeddah, akan memiliki kelajuan setinggi 360 km sejam, sekali gus mengurangkan kesesakan jemaah di kedua-dua kota.

Sumber :AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Keretapi Pertama Di Mekah Mula Operasi Hari Ini”

  1. Han$ Xy says:

    owh…alhamdulillah..~makin maju nampaknyer

  2. pch says:

    mesti lg selesa naik ketapi…

    yang di malaysia tahu ke??

  3. tiha says:

    wah bestnya/…^.^

  4. AiDa AzRyN says:

    lawo janggot pak arab tU~ >_<'

  5. Muhammad Burn says:

    terbaek la!!!

  6. munna says:

    bertambah selesa para jemaah lepas ini…

  7. Solihin Zubir says:

    sepupu sy adalah salah seorang pemandu keretapi kat mekah tu…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold