Gambar Luna Maya Cium Ariel Sebelum Bicara

Luna Maya sempat cium pipi kekasihnya Ariel Peterpan, sebelum Ariel dihadapkan ke depan hakim bagi mendengar dakwaan ke atasnya berhubung pita video lucahnya. Sungguh setia ye Luna Maya menemani buah hati dia ni.
Air mata Luna dilihat berguguran dan sebagai tanda kasihnya kepada Ariel, Luna mencium kedua pipi Ariel sebelum kekasihnya itu dibawa masuk ke dalam mahkamah. Itu babak-babak yang berlaku sebelum sesi perbicaraan berlangsung
Luna Maya menghadiri perbicaraan hari pertama kelmarin , tetapi dia tidak dapat masuk kerana prosiding dijalankan secara tertutup. Luna Maya menunggu di ruang pejabat setiausaha kehakiman negeri.

Gambar Luna Maya cium Ariel sebelum bicara

Luna Maya cium Ariel sebelum bicara bermula

Ruangan itu terletak di tingkat dua pejabat kehakiman yang sama ketika perbicaraan berjalan.

Ariel melemparkan senyuman kepada jurugambar

Ariel Peterpan kelihatan tenang duduk di bangku ruangan menunggu sambil menghisap lima batang rokok dalam jangka masa yang pendek. Vokalis grup Peterpan itu kemudiannya ditemani peguam bela yang muncul memberi penerangan kepadanya tentang perjalanan perbicaraan kes video seks miliknya.

Perbicaraan bertujuan menghebahkan empat dakwaan ke atas Ariel yang terkenal dengan lagu Ada Apa Denganmu, termasuk membantu menyebarkan video lucah.
Sementara itu, penyunting muzik Peterpan, Redjoy atau RJ yang didakwa sebagai penyebar video lucah Ariel, menafikan dia mencuri pita berkenaan, tetapi mengaku hanya menyalin pita berkenaan.

Dia (RJ) tidak sengaja menyalinnya. Dia adalah penyunting dan menjadi tugasnya membuka dan menyalin cakera padat Ariel, kata peguam belanya, Nico Kreshna.

Sekumpulan aktivis Islam Indonesia kelihatan berkumpul untuk mendesak Ariel dijatuhkan hukuman berat atas dosa besar yang dilakukannya sebagai seorang Muslim.
“Ariel dan Luna Maya seharusnya direjam sampai mati kerana itu merupakan hukuman buat pelaku zina,” tegas seorang aktivis yang turut menyertai protes tersebut.
Protes warga Malaysia
Di sebalik bantahan itu, seorang warga Malaysia yang dikenali sebagai Mal Putrajaya sanggup ke Indonesia semata-mata mahu menyertai protes terhadap tindakan penyanyi tersebut yang melakukan hubungan seks luar nikah.
Ariel bapa kepada empat cahaya mata itu hadir merentang sepanduk di Penjara Kebon Waru yang menjadi lokasi Ariel ditahan.

Sumber : Kosmo dan Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “Gambar Luna Maya Cium Ariel Sebelum Bicara”

  1. Zaer!! says:

    Sempat lagi nak bercium?isk2!huhu

  2. Shiela Latif says:

    orang lagi sibuk nak rejam dia berdua….
    dia berdua lagi sibuk nak pelok cium2…

    sabor jer lah haiii…

  3. L@g3nd@ buD@k N@k@L says:

    hohohoho~~~kekasih di penjara janji

    ~~hakhakhak

  4. rizal jabai says:

    minat kt peterpan dulu2..huhu

  5. caliph shuriken says:

    sesuai sgt dua org ni, huh…

  6. aReTikZ says:

    Patut dua2 kena.. ni ariel jak dulu.. bru la kekasih sepenjara.. har3x~

  7. Solihin Zubir says:

    kawenkan jela diorang tu.. pastu dok sepenjara!
    jimat kos! xyah beli umah.. makan pon free..

  8. Belalang Hijau says:

    setuju jika semua yg terlibat d kenakan hukuman yang sama setimpal maksud jika ariel 5 tahun, semua2 skali kene 5 tahun gak…lagi2 cut tari ngan luna maya

  9. qilarazak says:

    sempat lgi dia isap rokokk. haha.

  10. CiK QiQi says:

    nympah ngok deme bdua tu….sakit mate

  11. wadud@duad says:

    kah3…
    masih lagi rupanya mereka in yah?:p

  12. wunny says:

    ish! sempat lagi tuuu… -.-

  13. ShueQry says:

    Mal Putrajaya sanggup datang dari jauh semata-mata nak menghamburkan kemarahannya pada Ariel..sungguh menakjubkan.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold