Fatin Farihah Pelajar Pintar Hilang

Lagi kes orang hilang, kali ni Fatin Farihah Nordin, 17, pelajar cemerlang Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Damai dekat sini, tahun lalu, keluar rumah jam 12 tengah hari Rabu lalu.
SPM esok dah nak mula, apa sebenar yang terjadi ye, adakah dia diculik atau lari dari rumah dengan sehelai sepinggang?

 Fatin Farihah

lagi berita ..

Ibunya, Zatul Bazamah Zainal Abidin, 34, berkata anak sulung daripada lima beradik itu keluar rumah sehelai sepinggang dan mengesyaki anaknya itu keluar bersama seorang lelaki kerana ketika beliau menghubungi telefon bimbit anaknya, pelajar itu memberitahu berada di Putrajaya bersama seorang rakan.

“Ketika saya menelefonnya, dia beritahu berada di Putrajaya dan ke sana menaiki motosikal bersama rakan. Apabila saya tanya sama ada rakan itu lelaki, dia terus matikan telefon bimbit dan sehingga kini tak dapat dihubungi,” Dia bimbang terhadap keselamatan Fatin Farihah kerana selepas empat hari, anaknya itu langsung tidak menghubunginya, apa lagi dia perlu pulang segera untuk menduduki SPM.

“Saya sekeluarga sudah mencarinya di Putrajaya selain menghubungi rakan rapatnya tetapi mereka tidak tahu ke mana anak saya menghilang. Saya bimbang dia tidak mengambil SPM kerana akan menjejaskan masa depannya,” katanya.
Katanya, beliau sudah membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh, semalam, dan berharap sesiapa yang mempunyai maklumat menghubungi beliau di talian 010-4304001.

Sumber Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Fatin Farihah Pelajar Pintar Hilang”

  1. ika puk puk says:

    harap2 adik fatin nie dpt kembali semula pd keluarganya & selamat.. aminnn..

  2. ardinihumaira says:

    isk… ramai orang hilang.. risau lak dni

  3. Miss Fairladyjim says:

    huhuhuhuuh so tak bape pintar lah tue namanya,..kan mama dah pesan jgn ikut org yg tak dikenali..rasanya kalau dia kuar pergi beli alat tulis dengan mama dia dan pakai pakaian elok2 seperti menutup lurah dendam kesumatnya itu tentu dia dilindungi Allah…semoga tidak ada yang lebih serius berlaku kepadanya..dan harap dia ambek iktibar…chill!

  4. Happiness says:

    umat sekarang – sangat ramai bijak pandai+cerdik+cendiakawan dalam bidang dan urusan dunia tp bab-bap akhirat ….

    bijak di sini belum tentu bijak di sana…

    Semuga Adik fatin nie selamat dan sentiasa dalam Rahmat dan perlindungan-NYA

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold