Wajib Lulus Sejarah Dalam SPM Mulai 2013

Subjek Sejarah dijadikan subjek wajib lulus dalam SPM pada tahun 2013. Guru – guru dan pelajar pelajar diberi masa untuk bersiap sedia dengan berita ni hehehe!! kenapa ye, seolah-olah subjek Sejarah tu susah le sangat sangat. Susah ke? Ada ke yang tak suka subjek Sejarah? Kalau cikgu sejarah masuk, ada ke yang mengantuk tetiba? heheh!!
 
Dulu masa sekolah, orng kata pelajar yang otak lebih kepada sains dan maths ni lemah dalam sejarah, sebab sejarah kena banyak membaca, banyak kena ingat tarikh, tahun dan segala macam fakta. Pelajar aliran sastera pulak selalu score subjek sejarah. Betul ke? Andaian je kot.

Lebih kepada otak kanan dan kiri, Kalau otak kanan tu lebih kreatif dan penuh imaginasi, dan otak  kiri pulak lebih pada aliran sains, logik betul atau salah, hitam atau putih.
Sekarang pelajar2 dah makin bijak selalu score belas belas A. Banyak teknik mengingat dan cara belajar yg betul tanpa rasa jemu.

Subjek sejarah ni memang kena banyak membaca, dan ingat fakta dan tarikh, tahun, nama tokoh2..tapi bila kita membaca hanya sekadar hafal meman le payah nak ingat. Membaca dengan memahami sejarah tu seolah-olah kita baca cerita atau novel tu lagi best. Sekarang ada teknik mengingat macam macam kan.

Saya masih ingat dulu cikgu Sejarah ada petua nak ingat nama nama negeri melayu bersekutu dan tak bersekutu.
Negeri melayu bersekutu kalau nak senang ingat sebut macam ni:
Pak hang berak camuq tengah jalan …jadi negeri tu ialah Pahang, Perak, Selangor Negeri Sembilan.
ingat sampai la ni hehehe!! tu pun cara cikgu buat lawak nak bg kita ingat.

So kacang je le subek sejarah heheeh..!! pe nak takut.

Sejarah diwajibkan ni mungkin kerajaan nak pelajar belajar dengan sungguh-sungguh, dan paling penting mengenal sejarah negara kita, tokoh tokoh, budaya, pemimpin yang berjasa, pengorbanan pejuang pejuang zaman dulu yang memerdekakan tanah melayu.
Tak ada dulu, tak ada sekarang…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Wajib Lulus Sejarah Dalam SPM Mulai 2013”

  1. Jey Yusuff says:

    minat gler paper sejarah….

  2. MuJE says:

    nasib la baik aku dah lepas! punyalah seksa nak dapat A dulu…

  3. Ellen says:

    itu terpulang ngan minat sebenarnya sis, kalo dah minat, memang boleh score punya juga la…aik!!rasanya nanti lain kali pelajaran pendidikan seni pun wajib kot nak lulus …kantoilah mereka yang tak reti lukis2 ni mcm ellen..hehe

  4. Nasir Bravo says:

    sy minat math …n sejarah,,semua boleh la..hahaha….genius kot…angkat bakul sendiri

    Dunia Maya Vs Dunia Realiti

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold