Siti Balqis Bukan Disorok Di Gunung Jerai, Siti Balqis Menipu?

Siti Balqis yang ghaib dan disorok oleh jin berbulu lebat adalah rekaan semata-mata? Adakah Siti Balqis menipu selama ni? Aduh duh!! Berita beberapa hari lalu, Siti Balqis dikatakan disorok oleh jin berbulu lebat di Gunung Jerai, Kedah, kemudian pihak polis membuat siasatan, rupanya sms yang dihantar oleh Siti Balqis tu dari Negeri Sembilan. Dia ditemui di rumah rakan penanya bernama Norwaniza Ramli, 19, di Batu 18, Kampung Ulu Klawang, Jelebu, yang dikenali sejak 5 tahun lalu.
Pelik jugak kisah Siti Balqis ni, dia hilang walaupun dikawal ketat oleh ahli keluarga dan orang ramai di rumahnya. Macam mana dia boleh hilang? Adakah kisah Siti Balqis ni rekaan semata- mata untuk menarik perhatian atau hendak jadi glemer?

 Siti Balqis tak hilang

 

Sementara tu rakan pena Siti Balqis yg bernama Norwaniza tidak tahu yang Siti Balqis ialah gadis ghaib yang selalu dilapor di media. Siti Balqis memberitahu Norwaniza, yang dia tinggal dengan ibu saudaranya kerana ibu kandung sudah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada November tahun lalu.

Pihak polis membongkar di mana Siti Balqis berada apabila dapat mengesan Siti Balqis yang menggunakan no telefon didaftar milik Norwaniza. Beg pakaian Siti Balqis diselongkar dan mereka menjumpai 20 keping kad sim yang masih aktif, beberapa kad ATM, sekotak kecil yang mengandungi 10 biji batu delima dalam kain kuning.

Tiket bas yang ditemui pada Siti Balqis, gadis itu didapati menaiki bas dari Jerteh ke Shah Alam, sebelum ke Negeri Sembilan, dan beliau sebenarnya merancang untuk pulang ke Besut pada 31 Oktober ini.

Siti Balqis saja yang dapat memberikan jawapan dari persoalan atas tadi. Siti Balqis oh Siti Balqis..nasib baik hang kata Gunung Jerai kalau kata Gunung Merapi..jenuh laa…huhu!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

13 Responses to “Siti Balqis Bukan Disorok Di Gunung Jerai, Siti Balqis Menipu?”

  1. AMIRA IS MIRA says:

    okeyla tue…akhirnya dapat gak glamer.hahahaaaaa

  2. pelangi says:

    sentap tol budak siti balqis ni..nama sedap tuh…Siti Balqis..tapi..urmhhh

  3. ardinihumaira says:

    tu la.. dni heran.. cmana dia leh cakap duk tengah2 hutan. cmana dia tahu dia duk hutan mana… heran gila masa tu.. pastu dalam hutan ado line hp lak tu… siap leh balas mesej. pakcik dni kena sorok dek jin dulu lemah longlai siap koma 3 hari.. beliau siap leh sms. serius menghairankan..

  4. Kalamhati says:

    al-kisahnya siti balqis..huhu macam2..

  5. cEkEtENG says:

    tp ape kes yg ustaz alam ghaib tu kate ade jin gak nk amik batu yg pd dia tu???

    yg wartawan kate dia pun nampak batu2 tu jatuh dlm umah siti balqis???

    adakah isu yg mengatakan siti balqis ni nipu sekadar satu agenda utk menutup jek kisah ni?

    iye la..xnak le org taksub sgt kan? bleh merosakkan akidah la plak..

    ape pun alasannyer…elok lah kite fikirkan…

  6. Cik Liyana says:

    mereng dah budak ni…ntah2 dia yg sihir hiatm2 kot!! haaahhhaa…kan dah pitnah tuh..aish.. nasib bek gunung jerai lu gunung merapi..meletup dah oit..hitam bagai arang la jwbnya.

  7. annazanariah says:

    camtu pulak citenye… adeh!

  8. cacing says:

    haish… budak ni mesti psyko… ish3.. leh lak main tipu2… ada lak jin bulu lebat eh?? mesti jin tu lupa nak shave.. hehehe

  9. Shiela Latif says:

    kehkehkeh…lelama kang jadik citer lawak lak…adeiii

  10. GematriAâ„¢ says:

    ehehehe.. Kantoi.. lari rumah ja? adess.. siap dgn 20 keping sim kad. husihh..
    Then, mengaku pl dilarikan jin berbulu lebat. sepa jin beebulu itu? Si pakistan jual karpet? atau si bangla dari stesen minyak? ataupun babu jual roti? hahahaha.. pandai kau buat cerita wahai Siti Balqis.

    Ishh.. tiba2 ja ko feymes.

  11. nuriz says:

    tak tau le sapa tipu sapa yg ditipu..tapi yg heran kenapa ada sim kad byk sgt? dia buat apa byk sgt huhu

  12. ratuN9 says:

    Saya kakak kpd norwaniza ,sahabat pena ct balqis..misteri ct bal menyimpan simkad banyak2,adalah kerana setiap simkad mewakili watak2 jin yang di ciptanya sepeti tok janggut,nenek kebayan,puteri maisara,puteri safura dan watak2 sampingan seperti peguam,prof,ayub,aqila dan lain2 lg..setiap watak ada fungsi tersendiri,dan hanya boleh berhubung melalui sms sahaja..kononnya jin2 ini tau apa yang berlaku di persekiran adik,ada yang menjaga adik di setiap ketika..pelik kan jin boleh sms,tetapi adik terlalu taksub.percaya bulat2 wlupun dah dinasihatkan spaya jngn percaya..hinggakan ada 1 simkad yang didaftarkan atas nama adik yang menyebabkannya Kantoi….

  13. nuriz says:

    heehe..cerita menarik ni, guna simkad berhubung dgn jin

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold