Rozaliya Mat Lazim Hilang, Keluarga Syak Tunang Sembunyi Rozaliya

 Update: Tunang Rozaliya nafi dia sembunyikan Rozaliya, (Gambar)

 Rozaliya ditemui bekerja di 7 Eleven Bukit Bintang 

Rozaliya Mat Lazim yang hilang sejak 13hb Okt lalu masih belum ditemui, hari ni berita melaporkan keluarga Rozaliya makin keliru dan bingung kerana tunang Rozaliya kini menghilangkan diri, dan gagal dihubungi.
Wah!! kes semakin menjadi misteri dan tanda tanya, adakah tunang Rozaliya iaitu Mohd Helmi menjadi punca hilangnya Rozaliya. Adakah kes Rozaliya ni dirancang rapi oleh tunangnya sendiri, atau tunang sembunyi Rozaliya??
Keluarlah cerita Rozaliya pernah mengadu pada ibunya, yang dia tawar hati dengan tunangnya, mereka sering bergaduh dan tunangnya pernah buat perkara tak baik padanya oleh tu Rozaliya ingin memutuskan pertunangan. Emm .. nampaknya ada masalah peribadi ni…

Baca berita berikut:

Keluarga Rozaliya Mat Lazim, 20, gadis yang hilang selepas keluar bersama tunangnya untuk membeli barangan perkahwinan kini bingung apabila tunang mangsa dikatakan cuba melarikan diri dan sukar dihubungi sejak semalam.

Ibu Rozaliya, Sabariah Mansor, 42, berkata dia sekeluarga cuba menghubungi tunang anaknya berkali-kali sejak pagi semalam, namun gagal sehinggalah bakal menantunya itu menjawab panggilan jam 5.30 petang, menyatakan dia berada di Johor Bahru.

 
Apabila dihubungi semula adik saya selepas itu, dia mendakwa berada di Melaka pula. Saya bingung dengan jawapan diberikan dan kini mula mengesyaki dia cuba menipu kami kerana keretanya masih berada di rumahnya di sini,”

Sabariah berkata, dia mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena mengenai hubungan pasangan itu kerana Rozaliya pernah mengadu dia tawar hati berkahwin pada 12 November depan, serta pernah meminta diputuskan pertunangan.

“Saya juga ada menghubungi rakan tunang anak untuk mengesahkan sama ada dia benar-benar pulang ke pejabat seperti dikatakannya ketika meninggalkan Rozaliya di Kuantan. Saya terkejut kerana ternyata semua yang dikatakannya meleset dan tidak benar,” katanya.

Sabariah berkata, Rozaliya yang bekerja sebagai pembantu kedai pernah mengadu kepada seorang bapa saudaranya yang mereka sering bergaduh, malah tunangnya pernah melakukan perkara yang tidak baik terhadapnya.
Dalam pada itu, Sabariah berkata, beliau menerima panggilan daripada seorang lelaki yang kemudian datang ke rumahnya petang semalam, memaklumkan ternampak anak gadisnya sedang makan bersama seorang lelaki di gerai makan berhampiran Pasar Besar Kuantan, kira-kira jam 12 tengah malam semalam.

“Menurut lelaki itu, dia terpandang gadis seperti Rozaliya yang dilihatnya di televisyen ketika siaran berita di TV1 malam kelmarin. Malah, dia yakin tidak tersilap orang selepas membaca dan melihat gambar Rozaliya di akhbar hari ini (semalam),” katanya.

Sabariah berkata, lelaki terbabit meminta supaya dia ke Kuantan malam ini untuk mencari di sekitar kawasan berkenaan dan mengecam sendiri gadis itu.

Di KUANTAN: Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha berkata, siasatan terperinci dalam semua aspek sedang dilakukan pihaknya bagi mengenal pasti kehilangan gadis berkenaan.

“Pasukan penyiasat kita turut menemu bual rakan dan kenalannya sebelum dapat mengesahkan gadis itu diculik atau kemungkinan menghilang diri dengan alasan tertentu,” katanya.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mohd Shamsul Sazali Md Shah, 37, berkata pihaknya sudah melakukan pelbagai usaha untuk mengesan anak saudaranya itu.

“Kami sendiri sudah buntu dan tidak tahu sama ada dia benar-benar diculik, atau sesuatu yang buruk menimpanya atau kemungkinan melarikan diri.

“Saya bersama bapanya serta seorang jiran baru pulang dari Kuala Lumpur selepas mencarinya di sekitar Chow Kit, Puchong dan beberapa tempat lain.

“Kami berdoa dan berharap dia akan pulang dengan selamat.

Sumber:Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Rozaliya Mat Lazim Hilang, Keluarga Syak Tunang Sembunyi Rozaliya”

  1. Kalamhati says:

    huhu gitu plak..nape la nak aniaya tunang sendiri..bakal jadi milik awak kan tak lama lg..kalau la betul sedihnyaaa..huk

  2. diana says:

    tunang sendiri pun nak buat aniaya..

    nak buat benda tak baik..
    padahal nanti dah kawen dapat jugak kan??.
    macam2 la manusia sekarang ji..
    buat ape pun semua ikut nafsu..

  3. delarocha says:

    macam macam hal….

  4. freeman says:

    harapkan pagar..pagar makan membawa rebah plak.. betul ke peribahasa nih :)

  5. nuriz says:

    betul le tu peribahasa tu, tapi betul ke tak angkara tunang dia tu.. masih dlm siasatan

  6. Solihin Zubir says:

    pulak dahhh… adeyhh.. nk cepat feymes ka tunang dia nie.. hish..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold