Rozaliya Larikan Diri, Rozaliya Bekerja di 7 Eleven Bukit Bintang

 Update: Rozaliya Reka Cerita Sebab Tak Mau Nikah (klik)

Rozaliya Mat Lazim ditemui akhirnya, dia ditemui di kedai 7 Eleven Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Rozaliya tak diculik tapi larikan diri.  Ada seseorang yang nampak Rozaliya di sana dan menghubungi polis di IPD Kuantan dan memaklumkan perkara tu.

Lihat gambar, Rozaliya kelihatan sugul ketika ditemui. Polis mendapati tiada unsur jenayah. Apa sebab Rozaliya larikan diri?

Rozaliya Mat Lazim Ditemui di Bukit Bintang

Baca berita berikut:

Rozaliya Mat Lazim, 20, gadis yang dilapor hilang selepas keluar bersama tunangnya untuk membeli barangan perkahwinan di sini 13 Oktober lepas ditemui di kawasan Bukit Bintang di ibu negara, Rabu.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner (ACP) Mohd Jasmani Yusoff berkata Rozaliya dibawa pulang oleh anggota polis yang mendapat maklumat mengenai lokasi gadis itu dan diserahkan kepada keluarganya.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, polis mendapati Rozaliya ke Kuala Lumpur bersendirian dengan menaiki bas tanpa paksaan daripada pihak lain dan tindakan Rozaliya melarikan diri itu berpunca daripada masalah keluarga.

“Rozaliya juga sempat bekerja selama dua hari di Bukit Bintang dan hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes itu. Kes ini dianggap selesai,” katanya kepada pemberita di sini Rabu malam.
Rozaliya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 12 November ini dilapor hilang ketika keluar membeli barangan persiapan perkahwinannya di sini, Rabu lepas.

Rozaliya yang berasal dari Bandar Baru Cheneh, Kemaman keluar bersama tunangnya Mohd Hilmi Mohd Nor, 24, yang menjemput gadis itu di rumahnya kira-kira pukul 11 pagi dan dia dilapor hilang selepas menghantar SMS kepada tunangnya di sebuah pasar raya di sini.

Mohd Jasmani berkata bertindak atas laporan polis mengenai kehilangan gadis itu yang dibuat pada pukul 10.41 malam Rabu lepas, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan Rozaliya.
Hasil laporan media dan gambar yang dikeluarkan, polis menerima panggilan daripada orang ramai pada pukul 12 tengah hari tadi yang memaklumkan gadis itu berada di Bukit Bintang, katanya.
Beliau berkata Rozaliya tiba di Kuantan kira-kira pukul 8 malam ini dan disambut oleh saudara mara dan keluarga tunangnya, Mohd Hilmi Mohd Nor.

Ayah Rozaliya, Mat Lazim Mat Ismail, 52, berkata dia amat gembira dan lega dengan kepulangan anaknya itu dan akan mengadakan majlis kesyukuran.

sumber- BERNAMA 

Pendapat saya :  Dalam laporan berita yg lepas, Rozaliya  tawar hati dgn tunangnya, Rozaliya ada masalah dgn tunangnya, dan asyik bergaduh mugkin rasa terpaksa untuk berkahwin, umur dia masih muda, tak dapat buat keputusan rasional lagi akhirnya dia larikan diri…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Rozaliya Larikan Diri, Rozaliya Bekerja di 7 Eleven Bukit Bintang”

  1. Yanie J says:

    menyusahkan mak bapak btul! huh

  2. nuriz says:

    roaliya ni ada masalah peribadi ni ada masalah dgn tunang dia..dia mungkin tertekan

  3. Gen Fujita says:

    Masalah keluarga dan peribadilah ni kiranya. Pandai-pandailah korang settlekan. Muda juga minah ni, tak taulah, maybe dia tak ready lagi kot. Entah.

  4. cacing says:

    ni mesti family di desak dia tuk kawin… tapi pape pun hanya dia je yang tahu…. moga masalah dapat diselesaikan…

  5. belalang hijau says:

    bis tue 2 msg yg dia send kat tunang dia tue kira fake la?

    mati2 igt dia kene culik.

  6. Eryati says:

    sy juga merasakan sedemikian…herannya muda lagi dah nak kahwin…

  7. ardinihumaira says:

    dni pun rasa dia masih muda tapi tindakan dia larikan diri tu teramat salah. yang lagi salah dia buka tak tutup aurat pula bila dijumpai. sob sobss

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold