Rozaliya dan Helmi Putus Tunang

Kisah pasangan ni bukan macam kisah artis tapi orang semua nak tau kan, sejak kes gempar Rozaliya ‘hilang’. Rozaliya sebenarnya lari ke Kuala Lumpur kerana tak mahu perkahwinan diteruskan. Berita hari ni melaporkan Helmi dan Rozaliya bersetuju untuk putuskan pertunangan cara baik. Kan bagus kalau awal awal duk bincang macam ni, buat apa nak lari lari kan..

 Helmi dan keluarga berkumpul sebelum ke rumah Rozaliya

 Berita penuh:

Krisis hubungan membabitkan bakal pengantin, Rozaliya Mat Lazim, 20, dengan tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor, 24, berakhir dengan kedua-dua keluarga bersetuju memutuskan pertunangan pasangan itu semalam.

Keputusan itu disahkan sendiri bapa Helmi, Mohd. Noor Juah, 53, selepas dia mengetuai rombongan menemui keluarga Rozaliya di Bandar Baru Cheneh dekat sini semalam.
Kosmo! Ahad difahamkan keluarga Rozaliya yang mahu pertunangan itu diputuskan.
Bagi memenuhi permintaan itu, Mohd. Noor bersama isteri, Mariani Hussin, 46, serta beberapa ahli keluarga bertandang ke rumah Rozaliya dari Pagoh, Johor semalam untuk menyelesaikan kemelut membabitkan pasangan itu.
“Kami bersetuju memutuskan pertunangan ini kerana sedar tidak lagi wujud persefahaman antara Rozaliya dn Helmi”.

Bapa Mohd Helmi, Mohd Noor Juah, 53, yang tiba dari Kampung Sebaso Paya Redan, Muar, Johor kira-kira jam 3 petang bersama isteri, Mariani Hussin, 46, berkata dia datang ke rumah Rozaliya di Bandar Cheneh Baru, di sini, kerana menunaikan permintaan gadis itu dan keluarganya bagi memutuskan pertunangan berkenaan.

Katanya, mereka menghormati permintaan keluarga Rozaliya yang meminta mereka datang untuk memutuskan pertunangan seperti disiarkan dalam akhbar beberapa hari lalu, sekali gus menyelesaikan segala salah faham antara dua keluarga itu.

“Kami datang dengan cara baik untuk berbincang demi kepentingan anak saya, Mohd Helmi dan Rozaliya. Namun jika itu keputusan (memutuskan pertunangan) diambil, kami menerimanya dengan hati terbuka dan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Kami datang dengan cara baik untuk berbincang demi kepentingan anak saya, Mohd Helmi dan Rozaliya. Namun jika itu keputusan (memutuskan pertunangan) diambil, kami menerimanya dengan hati terbuka dan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Mungkin setakat ini hubungan Mohd Helmi dan Rozaliya kerana jodoh sudah tiada dan semuanya berakhir di sini, apatah lagi semua yang berlaku sekarang adalah berdasarkan kata putus mereka berdua. Kami sebagai ibu bapa menghormati keputusan itu,” katanya.

Mohd Noor berkata, sebelum ini keluarganya tersinggung dan menanggung malu dengan jiran dan saudara mara di atas tuduhan dilemparkan keluarga Rozaliya yang mengatakan Mohd Helmi melarikan anak gadis mereka.

“Hanya Allah tahu perasaan kami ketika itu kerana semua penduduk kampung, khususnya saudara mara, mempunyai tanggapan negatif terhadap Mohd Helmi dan keluarga kami.

“Kami membacanya dalam akhbar dan sedih dengan tuduhan sebelum ini mengatakan Mohd Helmi dikatakan melarikan Rozaliya dan kami datang untuk bersemuka serta berbincang,” katanya.

Sementara itu, Mariani berkata, apa diharapkan ialah keputusan memutuskan pertunangan itu dapat memenuhi kehendak Rozaliya dan keluarganya serta berharap segala masalah yang timbul dapat diselesaikan.

“Biar mereka berdua menentukan sendiri masa depan mereka selepas ini dan kita sebagai ibu bapa ada kalanya perlu menghormati keputusan mereka,” katanya.

Mohd Helmi ketika ditemui pula berkata, dia menerima keputusan memutuskan pertunangan itu dengan hati terbuka dan menganggap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

“Saya menyayanginya tetapi apakan daya, takdir yang menentukan segala-galanya dan hubungan saya dengan Rozaliya hanya sampai di sini,” katanya.

Pada pertemuan itu Keluarga Rozaliya memulangkan wang tunai sebanyak RM3,000 yang juga sebahagian daripada wang hantaran berjumah RM6,000 yang diberi kepada keluarga itu sebagai persediaan majlis perkahwinan, termasuk sebentuk cincin pertunangan.

sumber: Kosmo dan Harian Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Rozaliya dan Helmi Putus Tunang”

  1. ardinihumaira says:

    nanti tentu orang takut nak pinang beliau…kan kan

  2. misyamissyou says:

    haih..smpai mcm ni skali..ishh

  3. cacing says:

    hanya Allah yang maha mengetahui!

  4. Solihin Zubir says:

    hhmmm.. macam2 hal..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold