Resipi Kek Karot Cheese Sedap

Hari ni saya dah siapkan sebiji kek Karot Cheese, masa hari raya lepas, makan kek karot dgn cheese ni kat rumah sedara saya, jadi disebabkan sedap sangat, so mintak le resipi kat dia. Tak boleh lupa le kesedapan kek ni..heheh
Dapat jugak saya siapkan kek Karot Cheese ni yang ala ala Secret Recipe..kononnya. Nak tau kesedapannya kena le try. Mudah je..tengok resipi kat bawah..

 Kek Karot Cheese

Bahan- bahan:

1 cawan walnut atau pecan, boleh ganti dgn buah2 kering.
2 1/2 cawan karot yang telah diparut (kukus sekejap hingga lembut)
2 cawan tepung gandum atau tepung naik sendiri
1 sudu teh baking soda
1 1/2 sudu teh  baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
4 biji telur
1 1/2 gula halus
250gm butter 
2 sudu teh vanilla essen

Untuk Frosting
1/4 cawan butter
250g cream cheese
2 cawan gula halus (boleh kurang kalau tak suka manis)
1 sudu teh vanilla essen
1 sudu teh kulit lemon parut atau ganti dgn jus sunquick

Cara penyediaan

1. Bakar kacang walnut hingga perang dan wangi.
2. Ayak tepung, baking soda, baking powder, serbuk kayu manis serta garam. Biarkan.
3. Pukul butter dan gula hingga kembang, Masuk telur sebiji, sebiji, dan pukul lagi.
4. Masukan tepung yang telah diayak tadi. Kacau.
6. Masukkan karot yang telah di parut dan dikukus tadi, dan walnut.
8. Kacau hingga rata. Bila telah rata bahagikan 2 bahagian dan bakar hingga masak.
9. Sejukkan dahulu barulah di hiaskan serta dilapiskan dengan topping cheese.
 

Cara penyediaan topping cheese:
1. Pukul cream cheese dengan butter hingga ringan dan sebati.
2. Kemudian masukan gula, pukul hingga sebati dan rata.
3. Masukkan vanilla dan kulit lemon. Gaul rata. Bolehlah digunakan sebagai topping.

Nota tambahan: saya bakar semua adunan kek, lepas tu potong kek dua bahagian dan lapiskan dengan cheese..hehehe. cara malas dan cepat.

Sebelum topping

Selamat mencuba



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Resipi Kek Karot Cheese Sedap”

  1. ardinihumaira says:

    yeay ado orag wat kek untuk dni.. meh3 suapkan cepat :D

  2. zuanjoe says:

    adoi… hujan2 ni kena kuar gak la.. x tahan tgk kek.. :D

    kelantan juara

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold