Polis Dengar Suara Minta Tolong di Ladang Gadong

Kisah pembunuhan jutawan kosmetik menjadi liputan hampir saban hari di media tempatan dan jugak di negara jiran. Kisah pembunuhan kejam yang mungkin tak dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia amnya. Benarkah dakwaan beberapa anggota polis yang mengawal di sekitar ladang gadong mendengar suara orang minta tolong hampir saban malam dan ada jugak diganggu “lembaga”. Suara tu sayup sayup kedengaran..seram jugak dengar cerita macam ni, tapi tak mustahil saya rasa sebab kawasan tu menjadi tempat pembunuhan kejam, banyak dah polis forensik jumpa tulang tulang semasa mencari bahan bukti di situ.

Di ladang tu ada kawasan kubur yang digali dengan jentolak, yang tak pasti ialah berapa jumlah dah mangsa yang maut di kawasan tu.
Baca petikan berita berikut…jangan pandang belakang…huhuhu!!

Anggota polis yang bertugas mengawal lokasi pembunuhan kejam itu mendakwa mendengar ‘suara-suara’ meminta tolong hampir setiap malam.

Ekoran itu, polis dikatakan terpaksa menambah bilangan anggota yang berkawal daripada dua kepada lima hingga enam orang mengikut syif setiap hari.

“Pada mulanya, hanya dua anggota bertugas namun bilangannya terpaksa ditambah kerana ada yang mengalami gangguan-gangguan ketika bertugas.

“Mereka diganggu ‘suara-suara’ itu yang sayup-sayup kedengaran meminta tolong,” kata sumber sambil memberitahu salah seorang suspek kes itu juga mengakui ‘didatangi’ lembaga.

Menurutnya, ‘suara-suara’ itu biasanya muncul dari dalam ladang kelapa sawit terbabit di waktu tengah malam semasa anggota-anggota sedang berehat di pondok kecil yang dibina mereka tidak jauh dari tali air.
Katanya, anggota-anggota terbabit juga tidak dapat memastikan dari arah mana ‘suara-suara’ itu kerana keadaan ladang yang amat gelap selain ia hanya sayup-sayup kedengaran.

Katanya lagi, bagi langkah berjaga-jaga anggota tidak melakukan rondaan seorang diri sebaliknya dijalankan secara berkawan pada setiap jam.

Cabaran lain dihadapi anggota bertugas adalah kawasan tersebut mempunyai bilangan lalat yang luar biasa dipercayai ekoran kematian ternakan seperti kambing serta haiwan peliharaan, iaitu anjing. “Kalau duduk sebentar sahaja, lalat akan memenuhi muka. Haiwan-haiwan itu mati kerana kini tidak lagi diberi makan sejak tuannya ditahan polis,”
Sumber: Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Polis Dengar Suara Minta Tolong di Ladang Gadong”

  1. Zaifull says:

    seram juga yee….

  2. Ahmad Zaki says:

    Assalamualaikum…,

    Siutlah cerita ni… keadaan sy sekarang ni Jangan Pandang Tepi, bukan pandang belakang… :-) tak nak baca habis, sambung siang nnt..

    Sebelum baca artikel ni pun, tadi dah ada "lintasan" di tepi, luar tingkap kedai baru saya. Dahlah sorang2 kat tingkat 4 dlm kompleks ni. Sy tidur di kedai..

  3. MissXYZ a.k.a Abaikan says:

    seram jugak… hehe

  4. Nur Hawa Mohd Zin says:

    tempat macam tu yang dah makan banyak org..memang berhantu…susah nak cakap kan..benda ni yang arif dalam ilmu halus je tahu..

  5. nuriz says:

    ahaah korang ni takut betul2 ke tipu je ni hehehe

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold