PMR Dimansuh 2016, PMR Tukar Format dan Tukar Nama

Kementerian Pelajaran hari ini memutuskan tidak akan meneruskan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dalam formatnya sekarang tetapi diubah menggunakan format baru melalui penilaian berasaskan sekolah.

Muhyiddin berkata, umum bersetuju peperiksaan tingkatan tiga itu tidak perlu diteruskan.
Katanya, dalam dialog meja bulat yang terakhir juga, jawatankuasa bersetuju dengan cadangan kementerian supaya PMR diubah bentuknya kepada penilaian yang dibuat di sekolah.

Bagaimanapun, untuk mengelakkan tanggapan penilaian berbeza-beza, jelas beliau, adalah menjadi peranan LPM untuk menyelaras bentuk-bentuk ujian yang akan dilakukan.
“Ini untuk mengelakkan berat sebelah atau kecenderungan sekolah memberi markah yang lebih baik untuk sekolah mereka,” katanya.


Muhyiddin berkata, beliau akan mengumumkan secara muktamad dalam seminggu dua ini apabila laporan lengkap sampai ke tangannya.
Perubahan format baru bagi peperiksaan itu akan berkuat kuasa pada peperiksaan 2016Beliau juga memberitahu, kementerian tidak melakukan persidangan meja bulat tersebut secara serta-merta tetapi setelah melakukan ujian rintis di banyak sekolah.
Ujian rintis melibatkan 50 sekolah pada 2008 dan 500 lagi pada 2009.

Sumber: Utusan 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “PMR Dimansuh 2016, PMR Tukar Format dan Tukar Nama”

  1. Kalamhati says:

    harap ia lebih berkesan..namun exam perlu juga..kalu idak bebudak tu relaks ngat nnt..huhu

  2. Hali3isa a.k.a L3ha : SSA says:

    berapa kali nak ubah sistem? tak rasa effect mcm student. kalu dha sedia ngan sistem yang ada, tetiba berubah. menyukarkan student. sebab memerlukan penyesuaian beberapa bulan.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold