Mee Segera Indomie Selamat Dimakan

kSemalam, adik saya bagitau saya yang ada jenama mee segara yang tak boleh makan, dia dapat info kat berita tv, ada bahan bahaya dalam tu. Jenama yang tak boleh makan tu saya tak pasti jadi saya tak boleh tulis sini sat lagi salah info pulak.
Kalau ada blogger tau bolehla kongsi sini. Hari ni Utusan melaporkan Indomie selamat dimakan.
Mee segera ni makan tu boleh tapi jangan le selalu pulak..pagi petang siang malam makan mee segera, takut dapat penyakit segera jugak ye dak?

Laporan berita :

Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa bahan pengawet yang terdapat dalam produk mi segera ‘Indomie’ yang diimport dari Indonesia adalah selamat dan tidak mendatangkan risiko kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bahan itu yang dikenali sebagai ‘hydroxyl-benzoic acid methyl ester’ mendapat pengesahan penggunaan daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa Bersatu dan sebuah jawatankuasa pakar bahan makanan antarabangsa yang ahlinya terdiri daripada pakar-pakar makanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Bahan pengawet ini selamat untuk digunakan dalam makanan mengikut had yang telah ditetapkan,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Serantau WHO bagi Pasifik Barat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini yang memasuki hari ketiga hari ini.
Tiong Lai berkata, bahan pengawet itu yang berbentuk garam serta sering terdapat dalam produk snek dan makanan ringan mempunyai amaun yang boleh dimakan sehingga 10mg/kg berat badan sehari tanpa memberi kesan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang. – Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Mee Segera Indomie Selamat Dimakan”

  1. Solihin Zubir says:

    ini satu berita gembira kepada pelajar2 kolej n ipt.. hehe..

  2. ardinihumaira says:

    dni sukeeeeeeeeeeee indomee! sangat lazat punya. pergh

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold