Mayat Bunuh Sumbat Dalam Beg

Hari ni ada cerita kes bunuh sumbat dalam beg, saya teringat kes bunuh adik Nurin Jazlin yang jugak ditemui disumbat dalam beg. Sungguh menyayat hati. Kali ni mayat dalam beg tu dipercayai bukan warga Malaysia sebab pihak berkuasa tak nampak kesan suntikan BCG dekat magsa. Di leher mangsa ada kesan lebam seperti kena cekik.
Ada sekeping kertas bersama mayat tu yang tertulis nama beberapa orang lelaki dipercayai warga Indonesia.

Lihat gambar dan berita penuh:

mayat remaja disumbat dalam beg

Satu mayat dipercayai remaja perempuan berusia awal belasan tahun, ditemui dalam keadaan menyayat hati disumbat di dalam sebuah beg pakaian yang ditinggalkan di tepi sungai berhampiran Rumah Bakti di Ukay Perdana, Ampang dekat sini, hari ini.

Mangsa yang dipercayai warga asing berikutan tiada kesan suntikan BCG, dijumpai oleh seorang pekerja bengkel berdekatan yang kebetulan melalui kawasan itu pada pukul 3.30 petang.
Ketika ditemui, mayatnya masih lengkap berpakaian gaun berwarna biru tetapi tidak berkasut.
Dalam beg itu juga berisi beberapa helai pakaian termasuk sepasang seluar jeans yang dipercayai milik mangsa.
Siasatan awal polis mendapati terdapat kesan lebam di leher mangsa dipercayai dicekik namun tiada pendarahan ditemui pada badan mangsa.

Sehingga petang ini, punca kematian masih belum dapat diketahui.
Polis juga masih menyiasat sama ada mangsa dirogol atau mengalami serangan seksual, sementara menunggu laporan lengkap bedah siasat dan forensik.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, mangsa dipercayai baru meninggal dunia berdasarkan keadaan mayatnya yang masih dalam keadaan baik.
“Polis percaya mayat mangsa dibawa dari kawasan berhampiran. Kita turut menemui sekeping kertas tertulis tiga nama lelaki dipercayai warga Indonesia pada mangsa,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian petang ini.
Menurut beliau, sehingga petang ini, dua waris dalam kes orang hilang telah datang untuk mengecam mayat, namun mengesahkan bukan ahli keluarga mereka.
Mengulas lanjut, kata Abdul Jalil, mangsa memiliki rambut hitam lurus paras bahu,berbadan kurus serta berkulit sawo matang.
Sehubungan itu, Abdul Jalil meminta orang ramai yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan supaya tampil memaklumkan kepada polis bagi membuat pengecaman mayat.

sumber: Utusan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Mayat Bunuh Sumbat Dalam Beg”

  1. aYaz says:

    kejam betul..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold