Kes Rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil, Suami Tak Balik Rumah

Kes hangat pulak dah, kes rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan yang semakin retak, dilaporkan dalam akhbar. Aidil Zafuan dikatakan tak balik rumah. Mereka beraya tahun ni di rumah ibu-bapa masing-masing dan tidak raya bersama. Masalah rumahtangga Rita dan Aidil ni dikatakan kerana campurtangan pihak mertua.
Umum tau kan Rita dau Aidil berkahwin tanpa restu keluarga Aidil, pihak keluarga Aidil pun dulu tak nak terima dia dan dipulaukan, tapi sekarang dah diterima semula tapi mungkin mereka tak nak terima Rita sebagai menantu.
Ini lah masalah, kalau dah ada campurtangan orang ketiga, terutama mertua atau ipar duai, dalam rumahtangga bukan artis pun banyak jadi kes yang macam ni.

Rita dan Aidil

Baca petikan berita berikut:

Bukan soal orang ketiga atau kecurangan menjadi punca, tetapi sebaliknya pelakon yang popular melalui filem Anak Mami dan Anak Mami Junior itu mendakwa ia banyak disebabkan mulut dan campur tangan individu tertentu terutama keluarga mentua.

Tidak cukup mengaibkan dan memalukan saya selama ini, apa lagi mereka inginkan? Selama ini, saya tidak pernah membalas kenyataan dikeluarkan.

“Saya mendiamkan diri kerana ingin menjaga maruah dan air muka suami, tetapi saya tidak mampu bersabar lagi,” katanya menjawab gosip yang mendakwa dia menghalau ibu bapa Aidil ketika mereka berkunjung ke rumahnya, baru-baru ini.

Berita Harian difahamkan Aidil sudah lama tidak pulang menjenguk Rita dan anaknya, Airit Rayyan Rizkin. Malah ketika Aidilfitri baru-baru ini pun, mereka meraikannya bersama keluarga masing-masing tidak seperti tahun sebelumnya.

Sumber yang rapat dengan Rita berkata, akibatnya pelakon itu semakin tertekan dan bingung kerana tidak tahu punca kesalahannya. Bagaimanapun, Rita enggan mengulas perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
“Cerita saya kurang ajar, halang suami pulang ke rumah keluarga dan suka mengongkong suami memang keterlaluan. Dulu, suami pernah dihalau keluarga, tetapi diterima semula selepas dua minggu dipulaukan. Sejak itu, suami tidak pernah berenggang dengan keluarga, malah Aidilfitri tahun ini turut disambut bersama keluarganya.

“Saya tidak pernah kecil hati dan menghalang suami pulang ke rumah keluarganya, malah setiap hari pasti suami menjenguk ibu bapanya” katanya lagi.

Anak kelahiran Kangar, Perlis itu berkata umum tahu, hubungannya dengan keluarga mentua keruh sejak berkahwin, tetapi hatinya gembira dan terharu apabila ibu bapa mentua menjenguknya ketika bersalin.

“Jujurnya, kami tidak pernah berbaik. Namun, saya tidak menyimpan dendam dan berharap masih ada jalan perdamaian, nampaknya keadaan semakin berkecamuk. Walaupun keluarga saya pernah dimaki, mereka masih berharap saya berbaik dengan keluarga mentua.

“Mereka tidak mahu perbalahan kami berpanjangan walaupun keluarga mentua sering mengeluarkan kenyataan keterlaluan di akhbar. Bagaimanapun, tidak sampai dua hari, anak saya, Airit Rayyan dilarikan suami untuk bertemu keluarganya ketika saya bekerja,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

12 Responses to “Kes Rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil, Suami Tak Balik Rumah”

  1. sarah-najwan says:

    la…donia..donia..

  2. Solihin Zubir says:

    kalau dh artis tu, camtu la.. haish!

  3. belalang hijau says:

    kawen dah beranak pinak, suka x suka pun terima jela…dah jodoh diorang…

    merobohkan masjid yg telah terbina lagi besar dosa dia!

  4. kakyong says:

    sian jd artis.. kisah peribadi pun jd hak umum….

  5. Nasir Bravo says:

    apa kes plak nie..aduh!!!!!

  6. nuriz says:

    betui tu belalang, tak baik runtuhkan rumahtangga org

  7. mR Gee.!! says:

    pergoLakkan umah tangga mmg xleh eLak dah..
    kaLU mak sendiri atau merTua cuba masuk campur… mmg xleh lari dah…

  8. CiK QiQi says:

    Bio la depa da kwin..yg mak si aidil 2 bria2 nk psahkan depa 2 nape…dr depa wt maksiat, xkawin lg truk….xpham btoi…mmg la rita 2 10 taun lebei tua dr aidil…tp pe la slh nye,,,hurmmm

  9. Black_roses92 says:

    kesian rita tu.. ish.. nasib di dunia..ujian..

  10. yatie.sb says:

    laaa ye ke? baru tau bile bace kat sini.
    tq sharing~
    hope mereka dpt m'yelesaikan masalah mereka dgn cara yang paling terbaik utk family & ank.

  11. Ema Noty says:

    smoge rita bersabar wlaupun berat mata memandang berat lagi bahu memikul

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold