Jin Curi Batu Zamrud, Nilam dan Delima Siti Balqis

Entri berkaitan : Siti Balqis Bukan Disorok Di Gunung Jerai, Siti Balqis menipu?

Kisah Siti Balqis masih belum habis, selepas gagal melarikan Siti Balqis, jin yang dikatakan berwajah seperti anjing atau khinzir tu berbulu tebal mengambil batu batu zamrud, nilam dan delima di rumah Siti Balqis.

Kegembiraan keluarga gadis misteri, Siti Balqis Mohd Nor, 22, mendapat 15 batu bernilai tinggi sejak Rabu lalu berakhir apabila batuan berkenaan didapati hilang semalam, selepas empat hari disimpan dalam bekas khas berisi air zamzam.


Ibu gadis itu, Norizan Said, 47, berkata 14 daripada 15 batu bernilai antaranya zamrud, delima dan nilam sebesar duit syiling 20 sen tiba-tiba ghaib pagi semalam walaupun ia dikawal ketat oleh anak saudaranya, Mohd Zainuddin Mohamad, 42.

Sebiji lagi batu bernilai diberikan kepada penasihat agama program Alam Ghaib TV3, Ustaz Sharhan Shafie untuk membuat analisis terhadap penemuan batu berkenaan yang disifatkan kejadian aneh berlaku dalam rumah berkenaan.

Batu batu tu hilang kira-kira jam 4 pagi tadi apabila melihat tempat menyimpan batu itu kosong. Ibu Siti Balqis menugaskan saya menjaga batu-batu itu, tetapi terkejut ia hilang kerana tiada siapa yang boleh masuk ke dalam bilik itu kerana berkunci, kata

“Mustahil batu bernilai tinggi itu dicuri manusia biasa kerana rumah ini turut dikawal ketat anggota polis peronda dari daerah ini,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Sharhan ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam, tidak terkejut dengan berita kehilangan 14 batuan mahal yang disimpan di rumah Siti Balqis, malah mengakui sebutir batu dalam simpanannya turut berdepan cubaan dilarikan jin pada malam sama.

“Batu yang saya simpan juga hampir dighaibkan oleh jin pada malam sama, tetapi ia gagal dilarikan kerana saya sudah ‘memagar’ tempat simpanan batu permata dengan ayat suci al-Quran,” kata Ustaz Sharhan.

“Saya sudah syak batu permata dalam simpanan keluarga itu akan hilang kerana jin yang menjaga Siti Balqis didakwa berdendam disebabkan gagal untuk melarikan Siti Balqis selepas kawasan rumahnya dipagar menggunakan garam dan ayat suci al-Quran,” katanya lg.

Sharhan mendakwa, beliau sendiri turut ternampak tangan jin berbulu sedang menarik bekas yang menyimpan batu di rumahnya, tetapi gagal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Jin Curi Batu Zamrud, Nilam dan Delima Siti Balqis”

  1. pelangi says:

    macam2 lah ..semoga keluarga siti Balqis tabah dengan dugaan yang ALLAH berikan..amin

  2. eiela says:

    jahatnya orang yang berdendam dengan family budak nih ye, mudah-mudahan cepat la settle masalah dia.

  3. daisy says:

    semoga mereka sentiasa dilindungi Allah s.w.t
    yakin Allah lebih berkuasa

  4. adha says:

    last2 kantoi… balqis penipu…so ustaz sila comment…ntah2 ustaz pun tipu juga…noww tuhan nk tunjuk kebenaran dah.. Balqis sendiri yg reka2 cita nii ciisss

  5. carlos says:

    Tipu je lebih, dengan ustaz2 sekali kencing. aku yang takde kena mengena pun tak pasal pasal tanggung malu kui kui

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold