Imam Muda Aran dan Azhar Pengacara Khabar Haji, Astro Oasis

Program Khabar Haji di astro Oasis akan bermula 7 hingga 21 November ini,  pada jam 10 malam dari Arab Saudi di Astro Oasis (saluran 106).
Astro menampilkan Imam Muda, Aran dan Azhar sebagai pengacara serta menjemput khas Imam Muda Asyraf dalam rancangan tu nanti.

Khairul Azhar

Sejak rancangan Imam Muda ni tamat, jarang kita dapat tengok lagi peserta peserta ni dalam rancangan di Oasis. Mungkin dgn ada rancangan ni maka peminat peminat boleh tengok depa kendalikan rancangan istimewa ni. Memang ni satu cara nak tarik minat remaja tengok rancangan pasal Haji, bukan hanya ditonton oleh golongan berumur saja.


Rancangan kemuncak kepada ibadah haji ialah pada 9 hingga 11 Zulhijjah bersamaan dengan 16 hingga 18 November, siaran secara langsung selama sejam akan dibawakan dari Arafah.

 Ahmad Hazran Ahmad Kamal

 Baca lagi berita :

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar,
“Selain persediaan rohani, kelebihan daripada segi fizikal yang ada diperlukan untuk melaksanakan setiap rukun serta amalan dalam ibadah haji.”

Khabar Haji musim yang kedua menjanjikan liputan lebih terperinci menerusi beberapa segmen baru yang diperkenalkan. Antaranya sidang telefon jemaah haji di Tanah Suci dengan kaum keluarga yang ditanggalkan di Tanahair, menerokai aktiviti masyarakat setempat termasuk yang berasal daripada Malaysia dan ziarah ke lokasi menarik seperti Kompleks Percetakan Quran Raja Fahd dan kebun kurma Madinah.

Program berita dalam Bahasa Malaysia ini juga akan disiarkan ke seluruh dunia hasil kerjasama Astro Oasis dan Iqraa TV, Arab Saudi. Malah, Khabar Haji juga boleh ditonton di Arab Saudi menerusi saluran Iqraa TV juga sebahagian Amerika Syarikat, Eropah dan Asia yang mendapat capaian satelit Iqraa TV.

Kerjasama kali kedua dengan stesen televisyen berpangkalan di Mesir ini membuktikan wujudnya permintaan daripada masyarakat antarabangsa terhadap program ini.”

sumber: mstar online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Imam Muda Aran dan Azhar Pengacara Khabar Haji, Astro Oasis”

  1. AiDa AzRyN says:

    Hensem btol Khairul azhar~ hehehe

  2. CiK QiQi says:

    sayang kalo Imam Muda ni xkemane…at least bg n ssun jadual depa ni..sbbnye depa ok what kalo nk dbandingkan ngn artis2 yg nyanyi sne sini,,

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold