Helmi Mohd Nor Tunang Rozaliya Tunjuk SMS Terakhir

 UPDATE: Rozaliya DITEMUI akhirnya

Rozaliya Lari Dari Rumah sebab tak mau nikah

Akhirnya tunang Rozaliya, Helmi Mohd Nor, 24 tahun, keluar jugak menunjukkan wajah, sambil menunjukkan sms terakhir yang dihantar oleh Rozaliya ketika mahu mengeluarkan wang di mesin atm. Rozaliya dikatakan diekori oleh 2 orang lelaki pada 13hb Oktober di sebuah pusat beli belah.

Petang tadi saya baca berkenaan keluarga Rozaliya yang bingung dan mengesyaki Helmi ni yang sembunyikan Rozaliya. Pihak polis tengah siasat kes ni, kita tak boleh nak tuduh sebelum ada bukti kan. Biar je polis buat kerja.

Helmi ditemui di IPD Kuantan pada 19hb Okt. Gambar oleh Utusan Malaysia:

Tunang kepada seorang gadis, Rozaliya Mat Lazim, 20, yang hilang ketika membeli-belah barangan persiapan perkahwinannya di sini minggu lalu, hari ini menafikan dakwaan dia melarikan bakal isterinya itu.
Mohd. Hilmi Mohd. Nor, 24, juga menolak andaian kononnya dia mempunyai krisis besar dengan tunangnya itu sehingga menyebabkan Rozaliya menghilangkan diri.

“Pada hari kejadian, saya mengambil Rozaliya dan menghantarnya ke pasar raya Mydin di sini untuk membeli barang sebagaimana diminta sebelum kembali bertugas.
“Bagaimanapun, pada pukul 3.28 petang, saya menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) daripadanya menyatakan dia diekori dua lelaki. Apabila saya bergegas ke sana, saya dapati tunang saya sudah tiada,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini hari ini.

Mohd. Hilmi yang bekerja sebagai penyelia tanah rancangan Felda Neram 2 hadir di IPD Kuantan bersama bapanya, Mohd. Nor Juah, 53, untuk memberi keterangan berhubung kehilangan Rozaliya.

Ibu Rozaliya ada berhubung dengan kami dan memberitahu anaknya mungkin dilarikan seorang pemuda dari Batu Berendam bernama Amir yang begitu menyukainya,” jelasnya.
Dalam perbualan itu juga, Mohd. Nor dimaklumkan bahawa pemuda itu sudah lama menyukai Rozaliya dan pernah ke rumah keluarga bakal pengantin itu tidak lama dahulu.

“Difahamkan, Amir yang belajar di sebuah institut pengajian tinggi dan tinggal di Batu Berendam begitu tergila-gilakan Rozaliya.
“Jadi kami sekeluarga berpakat untuk mengesannya di merata tempat di sana tetapi malangnya sehingga kini tidak mendapat sebarang petunjuk,” katanya.

Mohd. Nor juga menjelaskan, anak sulungnya itu tidak dapat dihubungi oleh keluarga pihak bakal pengantin perempuan berikutan di kawasan rumahnya tiada talian telefon dan bukan kerana cuba melarikan diri.

Sumber : Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Helmi Mohd Nor Tunang Rozaliya Tunjuk SMS Terakhir”

  1. ardinihumaira says:

    kalo dia yang larikan, meh kita pelangkung dia secara berjemaah. boleh dia kasi senyuman lak. heran. kalo ye pun lantingla muka sedih sket bhai.. grrrr… dni sakit ati ni bila tahu beliau banyak songeh sangat ngan rozaliya

  2. nuriz says:

    sabar cik dni hehehe..mungkin muka dia dah camtu kot huhu..kita tunggu je polis siasat

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold