Gantung Permit Bas Delima Ekspress

Cadangan gantung lesen atau kunci pedal minyak setakat 90 km/j kelajuan sebuah bas ekspress?
Saya lebih setuju kalau cadangan kunci pedal minyak tu. Kelajuan bas tu boleh dikawal.

Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) belum bercadang menggantung buat sementara waktu, perkhidmatan bas Syarikat Delima Ekspress Sdn Bhd (Delima Ekspress) yang terbabit dalam kemalangan ngeri berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Rembau, Negeri Sembilan, kelmarin.

Pengarah LPKP, Datin Naimah Ramli, berkata keputusan sama ada menggantung atau membatalkan permit syarikat bas berkenaan hanya akan diketahui selepas jawatankuasa khas bermesyuarat.

“Satu mesyuarat khas bersama agensi penguatkuasa dan teknikal lain seperti Polis Diraja Malaysia, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan PUSPAKOM akan dijalankan dalam masa terdekat.

“Dalam mesyuarat itu, laporan penyiasatan akan dibentangkan, sebelum secara sebulat suara, suatu keputusan diambil sama ada mahu mengambil tindakan terhadap syarikat bas berkenaan atau tidak,” katanya.

Beliau berkata, mesyuarat itu juga akan membincangkan insiden kemalangan maut membabitkan bas ekspres berkenaan, selain mencari usaha menangani masalah nahas membabitkan bas ekspres pada masa depan.

Naimah berkata, pihaknya telah mengunjungi pejabat bas ekspres tersebut di Melaka semalam dan menjalankan audit serta pemeriksaan terhadap operasi serta pengendalian syarikat, selain tahap keselamatan penumpang yang diamalkan syarikat itu.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Kong Cho Ha, berkata siasatan awal mendapati bas berkenaan baru digunakan sejak 2007 dan menjalani pemeriksaan berkala di PUSPAKOM Mei lalu manakala tayarnya berada dalam keadaan baik.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, pula berkata semakan mendapati bas, syarikat serta pemandunya yang turut maut dalam kemalangan itu, memiliki rekod bersih dan tiada saman tertunggak, selain tidak pernah terbabit dalam kemalangan serius.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Gantung Permit Bas Delima Ekspress”

  1. Solihin Zubir says:

    aritu Sani Ekspress.. skang nie delima plak..

  2. Shiela Latif says:

    sokong bonar…gantung jangan tak gantung…abih citer.

  3. Kalamhati says:

    terhenti la sekejap periuk nasik dorang..huhudah jadi gini tak dapat la nak watpe dah..kena tunggu abis siasatan gak la..

  4. Hariz says:

    Dah memang salah pemandu tuh kan?

  5. wadud@duad says:

    kalau itu adlah salah satu cara untuk keselamatan semua..
    ape salahnyer ikut kan??

  6. Mario says:

    mmm…harap2 lps ni akan ada tindakan yg lbh tegas…

  7. mahira oya says:

    cadangan kamu bernas..

  8. aTisH hasHim says:

    tolong la wujudkan polis patrol….
    boleh pantau jln raya dgn lebih efficient..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold