Gambar Mangsa Gilis Keretapi Gemas – Bahau, Kecewa Kerana Cinta

Kecewa kerana cinta, buatkan fikiran wanita ni bercelaru dan mengambil jalan mudah untuk membunuh diri dengan melompat atas landasan keretapi.

Hampir separuh tubuh seorang wanita hancur setelah dia maut di gilis kereta api di Kilometer 25-30 laluan Gemas-Bahau di Bahau dekat sini, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Gambar mangsa gilis keretapi kecewa kerana cinta

 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, mangsa seorang wanita India, P Santhakumari, 48, dipercayai berdiri di sekitar lokasi kejadian sebelum tiba-tiba melompat sejauh kira-kira 15 meter dan membaringkan tubuhnya di atas landasan.

“Ketika itu, kereta api dalam perjalanan ke Kuala Lipis, Pahang, hampir melintasi tempat mangsa berbaring.

“Pemandu kereta api terkejut melihat mangsa tiba-tiba melompat ke atas landasan namun tidak sempat berhenti,” katanya ketika mengesahkan kejadian berkenaan di sini, semalam.

Menurut beliau, mangsa dipercayai sengaja menunggu kereta api terbabit lalu sebelum melakukan perbuatan yang meragut nyawanya itu.

Menurut Mohd Sabri, hampir keseluruhan bahagian atas tubuh Santhakumari termasuk kepalanya hancur akibat kemalangan itu.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat. Kejadian diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Dalam pada itu, anak sulung mangsa, S Kartigayen, 24, berkata, kematian mengejut ibunya menjadikan sambutan Deepavali awal bulan depan tidak bermakna.

Kata Kartigayen, Santhakumari yang juga seorang balu diketahuinya menjalin hubungan dengan seorang lelaki lain, malah dipercayai mereka merancang untuk berkahwin.

“Saya dan ahli keluarga lain tidak bersetuju dengan pilihan ibu kerana lelaki berkenaan dikenali sejak setahun lalu itu sudah berkahwin serta mempunyai anak.

“Kemudian, kami keluar dari rumah ibu dan tinggal berasingan di tempat lain,” katanya.

Kartigayen berkata, dia bertemu Santhakumari buat kali terakhir Isnin lalu dan pada masa itu, ibunya bersetuju untuk menyambut Deepavali di rumahnya.

“Namun, sambutan Deepavali tahun ini tidak ceria kerana ibu telah meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya.

“Hanya ibu sahajalah tempat kami mencurahkan kasih sayang setelah bapa meninggal dunia lama dahulu,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Gambar Mangsa Gilis Keretapi Gemas – Bahau, Kecewa Kerana Cinta”

  1. wadud@duad says:

    tengok bercintun lagi.. wadud dah malas lar nak citer pasal cintun2 neh..:D

  2. Nasir Bravo says:

    dunia.dunia…selamat tinggal dunia..hehehe

  3. ~~su manje~~~ says:

    UWARGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!! ngeri lah sis…nak tgok…

  4. cEkEtENG says:

    isk…cinta mmg membutakan mata…dan hati..serta akal…x kirelah mude ke tua..dah 48 thn pun masih x bleh berfikir dgn betol…sedih..

  5. Tomato Gurl's Life says:

    bodoh!

  6. Solihin Zubir says:

    bengong btoi…
    aritu ada tgok video pompuan bunuh diri kt landasan keretapi jugak..
    masa polis angkat, teburai perut.. eurghhh.. nk muntah..
    bodo btoi!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold