Gambar Kereta Bentley Mewah Ac Mizal, Apa kata Shafnie

Ac Mizal sekarang bergelar Datuk, hasil dari usaha dia dalam bidang perniagaan, dan sekarang berjaya mendapat gelaran Datuk. Jika dah berjaya tu, boleh le beli kereta mahal, sebab kereta mahal ni lambang kejayaan..tu Ac Mizal kata bukan saya yang habaq heheh!!

Ni le gambar gambar kereta mewah Bentley milik Ac Mizal. Berapa harga kereta Ac Mizal ni ek? dengar cerita RMi juta.Kelihatan Ac Mizal bergambar bersama-sama artis lain dekat kereta mewah dia ni,, uuu sape tak syok dapat kereta mewah, artis lain pun tumpang glemer gak le duk tepi kereta Bentley ni…nak amik berkat ke nak amik aura heheheh!!

Baca sikit petikan artikel ni:

 
 
Pemilik Bentley Flying Spur empat pintu, pengacara dan pelakon AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 37, menyifatkan kereta mewah sebagai lambang kejayaan seseorang lelaki.
“Saya tidak melihatnya sebagai trend, sebaliknya ia sebagai mercu kejayaan seorang lelaki.
“Ia juga untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa menjadi artis juga mampu berjaya dan hidup mewah,” katanya yang turut memiliki Porsche Carrera, Mercedes dan BMW.
Mizal berkata, dia memilih Bentley kerana menyedari kereta itu jarang dipakai oleh golongan artis di negara ini dan kereta itu juga dipakai oleh idolanya artis antarabangsa, JayZ dan P. Diddy.
Mizal berkata, kereta Bentley itu mempunyai lambang korporat yang kuat untuk disesuaikan dengan perniagaannya AC Mizal Konsortium Sdn. Bhd yang sedang giat diusahakan.


Rakan rakan artis bergambar dengan kereta Bentley Ac Mizal

 

 
 
Apa kata bekas isteri Ac Mizal tentang kemewahan Ac Mizal..

Bekas isteri AC Mizal mendakwa pelakon dan bekas pengacara Akademi Fantasia (AF) tersebut mempamerkan kekayaannya di media cetak dan elektronik.

 
Shafnie Zainudin berkata, dia mengetahui tentang peningkatan pendapatan AC Mizal melalui media meskipun jumlah sebenar yang diperoleh tidak pernah dinyatakan secara spesifik.

“Dia (AC Mizal) pamerkan di media tentang berapa pendapatan mewah, kereta-kereta mewah, perbelanjaan dan juga perniagaan mewah dia,” kata Shafnie di Mahkamah Rendah Syariah di sini Isnin.

Shafnie, 35, yang mendakwa AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, dibayar RM5,000 untuk satu episod AF mengakui bahawa perkara itu hanya diberitahu oleh individu yang bekerja di syarikat televisyen.
Shafnie juga dilihat begitu tegas mempertahankan pendapatnya bahawa tuntutan insurans dan dana pendidikan yang dituntut untuk dua anak mereka merupakan nafkah asasi yang digariskan oleh Islam.



p/s : bila le nak selesai kes nafkah ni ye, nak kata tak mampu kereta mahal buleh je beli huhuhu!! anak anak jgn dilupa pulak.

Sumber: Mstar online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Gambar Kereta Bentley Mewah Ac Mizal, Apa kata Shafnie”

  1. sarah-najwan says:

    murah rezekinya…

  2. Solihin Zubir says:

    skrg nie beliau di atas..
    jgn lupa diri sudah la bila kt atas tu smpai lupa org kt bwh nie..
    takot Allah tarik balik nikmat dunia tu.. :D

  3. L@g3nd@ buD@k N@k@L says:

    bila la nakal nak jadi dato..tnggu tua la jwbnya..dpt pngkat datuk..keh2

  4. Encik MT says:

    kekeke…dari dier beli kete sejuta kan best kalo kasi jew sejuta kat istri lama dier tuh,musti senyap tros.haha!

  5. nuriz says:

    dah mampu tu bayar je le kan habis crita

  6. cEkEtENG says:

    sokong nuriz..dah kaye..bayar jek la..lgpun bkn utk is3 lama..utk anak2…payah2 sgt..amik jek anak2 tu..yg si is3 tu pun satu gak…kalo rs anak2 tu beban…bg jek kt si ayah yg kayes tu…

  7. MuJE says:

    best gile wei! tp kalo die dapat beli no plat AC 1 lagi nampak mewah gile. eh, ke die dah letak no tu kat porche die? huhu…

  8. caliph shuriken says:

    snggup dia beli bentley tu drp settle kes nafkah.. kcian ank2 kt dia…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold