Gambar Bot Ekspress Yang Karam di Bintulu Dinaikkan, Cuai Punca Bot Karam

Bot ekspress yang karam dan mengorbankan 4 mangsa, dikatakan berpunca dari sikap cuai pemandu bot tu.
Pemandu bot cuba memotong tongkang di hadapan yg sedang ditarik sebuah kapal tunda semasa di selekoh sungai yang sempit. Bot tu hilang kawalan dan tersangkut pulak di tali yang duk tarik tongkang tadi. Maka bot tu pun terbalik dan karam.
Ni le gambar bot ekspress yang berjaya dinaikkan: gambar dari Utusan Online.

Berita penuh:
Kecuaian manusia adalah punca bot ekspres berlanggar dengan tongkang balak di hulu Sungai Anap, Tatau, Bintulu di sini petang semalam, kata Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Roland Sagah Wee Inn hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemandu bot berkenaan cuai kerana cuba memotong tongkang di hadapan yang ditarik sebuah kapal tunda di sebuah selekoh sungai yang sempit dan berbahaya.

“Bot ekspres itu dipercayai hilang kawalan ketika cuba memotong tongkang dan ia tersangkut pada tali yang digunakan untuk menarik tongkang berkenaan sehingga menyebabkan bot ekspres terbalik serta karam.
“Boleh jadi dia tersilap menghitung jarak,” katanya.

Sagah berkata, pemandu bot berusia lingkungan 60-an itu kini ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung tragedi yang setakat ini mengorbankan enam penumpang. – Bernama

Bot ekspres yang karam dan mengorbankan empat nyawa telah dinaikkan dan dibawa ke tebing Sungai Kelebu, Tatau, Bintulu, Sarawak, 19 Okt. Keempat mangsa sudah dikenal pasti dan gerakan mencari mereka yang hilang sedang giat dijalankan oleh pihak polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold