CUEPACS Nak Minta Bonus 2 Bulan Gaji Dipertimbangkan

Bajet 2011 dah selesai dibentangkan dan kakitangan awam dapat bantuan kewangan khas sebanyak RM500 bagi belanja persekolahan anak-anak. Jadi bonus 2 bulan gaji atau bonus sebulan gaji tak diberikan oleh kerajaan pada bajet kali ni, namun begitu Cuepacs masih tak putus asa untuk memohon lagi supaya dipertimbangkan pemberian bonus 2 bulan gaji dari kerajaan.

Berita lanjut:

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berterima kasih atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam, namun berharap kerajaan akan mempertimbang semula pemberian bonus kepada 1.2 juta penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Omar Osman, berkata pemberian bonus sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan oleh semua penjawat awam setiap kali pembentangan bajet kerana ia dapat meringankan beban mereka.
“Kita bersyukur dan terima kasih walaupun berharap dapat capai sasaran bonus dua bulan seperti agensi swasta yang lain menikmati sehingga empat bulan bonus.
Kalau tidak dua bulan sepatutnya dapat menikmati sekurang-kurangnya sebulan atau setengah bulan bonus atau RM1,000 hingga RM1,200,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Omar berkata, beliau akan membuat permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Isnin ini bagi memohon pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “CUEPACS Nak Minta Bonus 2 Bulan Gaji Dipertimbangkan”

  1. zmah says:

    Alhamdulillah dapat juga,walau pun rm500…REZEKI tu…

  2. Tomato Gurl's Life says:

    semua nak mintak naik gaji..
    bestnye..tp bg xbekerjaya cam cik tom ni sedih..waa..

  3. wadud@duad says:

    uhh…. siot.. kaya dengan mendalah lain..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold