Blogwalking ku Lancar Tanpa Road Block -Tip Cepatkan Loading Page

Sticky post, post ni pernah diterbit pada bulan Jun lalu…saya letak lagi sebagai panduan bagi yang nak cepatkan loading page, tiada alasan nak guna auto blogwalking sebab page blog orang lembap kan?

Blogwalking melawat teman teman blogger di alam maya sambil bertegur sapa, sekarang semakin lancar dan mudah bagi ku heheheh….kalau satu satu page sangat slow loadingnya, masa berjalan, tapi page duk warna putihhh lagi satu imej pun tak nampak…kesabaran pun mula nak hilang..huhu!! kadang kadang terpaksa tinggalkan je blog tu.

Dulu agak lambat,  rupanya bukan sebab utama streamyx ku yang buat hal tetiba.. tapi sebab loading page yang agak berat bagi sesetengah blog.

Blog orang macam rumah orang, kita nak tegur lebih lebih nanti orang marah..”blog aku, suka hati aku le”.

Kita datang rumah orang kita nak komplen cat dia buruk, ke? hiasan dia merapu meraban ke? ishh tak manis nak komplen lebih lebih..ramai dah otai blog bagi tip tip nak ringankan page loading, ramai jugak dah share tip tip membuang widget widget  yang kurang kegunaannya..tapi macam saya kata tadi kita cuma leh tegur tapi terpulang kepada  tuan punya diri jugak apa yang dia nak buat kat blog dia.

So saya berterima kasih kepada saudara Remedy kerana share tip dan cara nak cepatkan page loading sesebuah blog dan mempercepatkan kita blogwalking tanpa rasa geremm atau bengkek di hati atau tanpa rasa nak marah kepada tuan punya blog, kalau marah pun dia tak tahu… huhuhu..!!

Sekarang walaupun streamyx saya cuma pakej 512kb je tapi agak ringan je berjalan ke blog blog orang.

Apakah tip dan rahsianya?

1. Add ons Flashblock untuk pengguna Mozilla Firefox.
dengan menda alah ni kita dah boleh block semua widget widget atau flash widget dalam blog yang kita masuk tu tanpa perlu kita uninstall flashplayer dalam komputer kita.

Flashblock untuk Google Chrome. Masuk Google Chrome Extensions Install Flashblock atau  SINI

Untuk Internet Explorer pulak :
Tool > Internet Option >Program Tab > Manage Add -ons
Klik Add-ons currently in the internet explorer > scroll down sampai jumpa Shockwave Flash Object
Klik Disable.  OK

Kalau nak tengok flash video online, masuk balik macam tadi dan Enable semula. Begitule caranya.

2. Tukar Value Menu Show Delay dalam Regedit dalam pc anda
Start >Taip Regedit > HKEY CURRENT USER>control panel>desktop>Menu show delay>tukar 400 kepada 0 atau 1. OK dan close.

Tip lain: Check berat loading page dgn website speed test

3. Setelah beberapa lama duk buat blogwalking, clear cookies, temporary internet file dgn CC Cleaner. Install le ccleaner di pc anda.

Yey yey yey..!! saya blogwalking tanpa terkejut dengan image image yang menjenguk di kiri kanan saya, saya tak jumpa dah tupai, lembu, mr bean atau bintang bintang atau bunga bunga jatuh berguguran di kiri kanan blog anda heeee…jangan marahhh…saya kini blogwalking dengan senang hati… hoyehhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

45 Responses to “Blogwalking ku Lancar Tanpa Road Block -Tip Cepatkan Loading Page”

  1. nosembilanbelas says:

    tq. dah tukar..lega dah lepas nie ekk

  2. belalang hijau says:

    flashblock utk google chrome ade x?

  3. senandung semalam says:

    nk taw bnde sme cm belalang hijau..
    hehehe

  4. nuriz says:

    sy dah tambah tip bg pengguna google chorme ngeeeeee

  5. nesca says:

    hehe betul betul.. nak tegur blog semak kang kecik hati, tanak singgah kang kata sombong. papepun time kasih share bende ni :DD

  6. Khairul Azmi says:

    thanx bgi tips ni..hehe…

  7. Cikgu Idris says:

    very useful tips…thanks a lot

  8. rizputra7 says:

    menarik nie..thanks sudi kongsi

  9. zulkbo says:

    salam..
    betul..
    betul..
    he he..

  10. al-basri says:

    boleh juga tips ni, kalau blog saya termasuk yg berat. sila pesan, saya tak marah…haha

    terima kasih

  11. Hapiz Rahman says:

    aku tak suka widget yang bila klik je mana-mana dekat satu-satu blog, terus link ke web page widget tue.. sangat sangat hati.. widget-widget ni jugak menyusahkan orang untuk komen..

  12. hizaki says:

    great tips..gunakan tanpa was-was..

  13. nuriz says:

    memang widget tu kdg auto pi ke web lain atau kuar ads, boleh gak guna ads pop block.

  14. annazanariah says:

    thanks for sharing.. pasni Anna edit lagi ye.. ada ape2 tegur je tau.. tak kesah demi kebaikan bersama..

    nak mintak sharing ni kat blog anna boley? anna akan creditkan untuk nuriz..

  15. nuriz says:

    annazanariah, boleh je anna nak share heeeee

  16. RaMa2UnGU says:

    waaa.nice info..thanks..nk buat la..:)

  17. Mijie says:

    klu klu disabled flash mkne header blog mijie confirm x kuar kan..huhu..cedeynye..

  18. nuriz says:

    boleh buka lagi kalau nak tgk, dia tak hilang selamanya :)

  19. ♥ lyana says:

    Batu besaq dalam gambaq tu. Gila la punya besaq. Boleh pecah muka bumi.

  20. nuriz says:

    gerun seh batu tu..huhu jgn blocking my blogwalking heee

  21. Mijie says:

    a'ah tau tp xbez ar..hehe..tp x pnting pn kan..ok jgk disabled..

    emm..sbenrnya bnyk lgi cara utk melajukan internet.salah 1 cara nye adalah sentiasa clear recent history..lbh bgs klu guna CCleaner..:)

  22. nuriz says:

    yg cc cleaner tu memang sis buat selalu bila dah rasa pc berat pas blogwalking tu baru clear history .wajib buat tu heeee

  23. NiZaM Limited says:

    wahh..nice info..
    thanks for sharing ye nuriz..ngehh :D

  24. ♥cutebabygirl♥ says:

    kne cube neh.
    thanx 4 da info. :)

  25. zainudin says:

    browser mozilla cam lebih friendly cuma move cursor dah boleh play flash.. kalu IE nak kena enable balik add on tuu kan

  26. nuriz says:

    ye betul mozilla boleh play flash kalau tak nak block

  27. CiK QiQi says:

    Thanx cik nuriz..qiqi da apply da.hehehhe…

    thanx for sharing

  28. Tomato Gurl's Life says:

    thanks nuriz share info ni..erm kalau nak mintak pendapet nuriz pasal blog cik tom boleh??nak tau jugakk..ikhlas je..tak marah :)

  29. pch says:

    bkn setakat gamba…
    lagu2 background pun wat berat blog saja

    TEKNIK MUDAH LAJUKAN WINDOWS ANDA
    KOLEKSI KORD GITAR LAGU MELAYU

  30. ♥ kyu says:

    huhu kyu tertarik dengan entry nie..
    mintak share ye :)
    best btul nak bw skrg.
    thanks a million!

  31. ShueQry says:

    thanks Nuriz! saya belajar perkara baru hari ini, thank you, thank you…

  32. Furdunesia says:

    Nuriz, sy kongsi tips ni di BlogLarian bole?

  33. iniialahaku says:

    sngat menarik tips ni..nk cubala..thanks

  34. caliph says:

    nice..
    arigatou sharing ni ^^

  35. yas says:

    Flashblock lom install…x leh sbb pc kompeni kot…kat umah nti laju la tuu….c/cleaner dh ada…btw thanks.
    yas recently posted..Kempen blogger penipu

  36. mama hani says:

    sangat-sangatlah berguna…..

  37. [...] Cara cepatkan loading page blog semasa blogwalking. [...]

  38. mummycun says:

    camne nak buat read more yer..

    • nurizspace says:

      kalau kat blogspot , ada disediakan jump break. boleh tengok kat atas tempat edit post ada undo, font size, insert video, dan insert jump break dgn icon keratan tu. klik je yang tu selepas ayat yang nak start read more tu.

  39. aina says:

    wow gud sharing:)saya nak buat tag link ke sini yer..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold