Ayu Raudhah dan Zakuan Adha Kahwin 20 Jan 2011 , 20.01.2011

PERSIAPAN DAN BELAKANG TABIR PERKAHWINAN AYU RAUDHAH

MALAM BERINAI AYU RAUDHAH

Ayu Raudhah dan Zakuan Adha pemain bola sepak kebangsaan akan berkahwin pada tarikh 21hb Jan 2011, satu tarikh yang cantik jugak ni untuk tarikh kahwin 20.1.2011. Mesti ramai pasangan pasangan yang pilih tarikh ni sebagai tarikh kahwin. Ayu dan Zakuan telah bertunang secara diam diam pada 17hb Okt lalu. Depa tak nak heboh hebohkan sebab kontroversi antara keluarganya dengan Rita Rudaini belum reda lagi.

Ayu Raudhah dan Zakuan Adha Kahwin 20 Jan 2011

Majlis pernikahan akan dibuat di rumah Ayu Raudhah di Taman PKNK, Alor Setar. Majlis resepsi pulak akan diadakan pada 21hb Jan 2011 di tempat yg sama.

Ayu 25 tahun , dan Zakuan 23 tahun telah menghadiri kursus perkahwinan pada bulan Ramadhan yg lalu.

Dari media hiburan Murai.com:
Pemain bola ini terus mengakui jikalau terlalu ambil pusing dengan kata-kata orang, hal itu memang tiada gunanya. Apa yang paling penting, Zakuan menegaskan keluarga mereka lebih mengetahui hubungan yang terjalin di antara mereka berdua.
“Tapi, saya pun hanya mula berani cakap bila kedua-dua belah pihak sudah pun merestui hasrat kami selain sudah pun berjumpa dan membuat perbincangan secara rasmi. Ya, kami akan bernikah pada 20 Januari 2011 dan majlis pernikahan akan diadakan di sebelah pihak keluarga Ayu iaitu di kampungnya Kedah,” kata Zaquan tanpa berselindung lagi.
Pemain bola ini terus mengakui jikalau terlalu ambil pusing dengan kata-kata orang, hal itu memang tiada gunanya. Apa yang paling penting, Zakuan menegaskan keluarga mereka lebih mengetahui hubungan yang terjalin di antara mereka berdua.

“Selama ini, saya bukannya tak mahu bersuara. Tapi, saya diam kerana bersebab. Tapi, dalam waktu yang sama, saya tidak sangka juga macam-macam cerita telah timbul di antara saya dengan Ayu. Saya pun tak tahulah macam mana nak terangkan macam mana.

“Kami sebenarnya dah lama rancang untuk berkahwin. Pada mulanya, kami ingatkan nak sekalikan je majlis tunang dan kahwin. Waktu perancangan itu dibuat, saya masih belum lagi disahkan injured. Oleh sebab sekarang saya dah pun dapat cuti rehat selama 6 bulan, maka keluarga saya terus rancang untuk buat majlis merisik ini pada 17 Oktober lepas,”ujarnya.

Menambah cerita, Zaquan turut menjelaskan bahawa segala persiapan kahwin telah pun diserahkan bulat-bulat kepada keluarganya terutama sekali dalam soal bab kenduri kahwin.
“Semuanya saya serahkan pada keluarga. Kami pun tak ada rancang nak buat majlis kahwin yang dilabel sebagai wedding of the year.Kami tak mahu peningkan kepala tentang hal persiapan ini. Apa yang ada dalam perancangan kami adalah kami akan bernikah di Kedah dan seminggu selepas itu, majlis persandingan akan dibuat di sebelah keluarga saya.

“Kami juga ada niat nak buat majlis resepsi di Kuala Lumpur. Namun, ianya masih dalam perancangan lagi. Soal hantaran semuanya dah ada tetapi saya minta maaf kerana tidak boleh menyatakan tentang hal itu. Kami pun dah pergi kursus kahwin pada awal bulan ramadan yang lalu,” jelas Zakuan panjang lebar.
Apapun, apabila murai.com.my meminta komen dari Ayu Raudah akan hal ini, adik kepada pelakon Rozita Che Wan ini hanya mahu menguncikan mulutnya saja.
“Saya tak mahu komen apa-apa. Saya rasa lebih baik saya mendiamkan diri saja. Dah setahun hanya saya saja yang berikan komen. Kini tiba masanya Zaquan sendiri yang menjelaskan segala-galanya,” ujar Ayu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Ayu Raudhah dan Zakuan Adha Kahwin 20 Jan 2011 , 20.01.2011”

  1. ardinihumaira says:

    tak lama dah tu.
    wow tarikh yang cun…
    macam 2010 2010 :D

  2. Adha says:

    wah zakuan adha ada cam nama aq sikit hehe..

  3. diana says:

    semoga kekal la..
    masa bertunang ni
    dugaan nye macam2..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold