Anak Sosilawati Kesal Hukuman 7 Tahun Tak Setimpal

Erni Dekretawati mengakui terkejut dengan hukuman terhadap dua lelaki terbabit, berkata bukan niatnya mempertikaikan undang-undang, hanya tidak percaya dengan tahap hukuman dikenakan terhadap tertuduh yang melakukan jenayah kejam.

U Suresh dan K Sarawanan mengaku lupus bukti dan bakar mayat.


“Tujuh tahun hukuman penjara tidak setimpal langsung buat kami sekeluarga jika dibayangkan bagaimana ibu dan tiga individu lain mati dibunuh dengan kejam”.

Itu luahan Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, ketika mendapat tahu mengenai nasib dua pemuda yang dihukum penjara 7( tujuh ) tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Banting atas tuduhan menghilangkan bukti dengan cara membakar dan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. 
 ”Tujuh tahun hukuman penjara tidak setimpal langsung buat kami sekeluarga jika dibayangkan bagaimana ibu dan tiga individu lain mati dibunuh dengan kejam”.

Itu luahan Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, ketika mendapat tahu mengenai nasib dua pemuda yang dihukum penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Banting atas tuduhan menghilangkan bukti dengan cara membakar dan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

“Walaupun tertuduh itu tidak didakwa atas tuduhan membunuh, mereka bersubahat dan perlu dijatuhkan hukuman lebih berat,” kata anak sulung Sosilawati itu.

“Tujuh tahun hukuman penjara tidak setimpal langsung buat kami sekeluarga jika dibayangkan bagaimana ibu dan tiga individu lain mati dibunuh dengan kejam”.

Itu luahan Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, ketika mendapat tahu mengenai nasib dua pemuda yang dihukum penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Banting atas tuduhan menghilangkan bukti dengan cara membakar dan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

“Perkara ini bukan hanya membabitkan perasaan kami sekeluarga, masyarakat juga rasa apa yang kami rasakan,” kata beliau di pejabatnya, di sini semalam.

Mahkamah Majistret Banting semalam menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap dua lelaki selepas mengaku bersalah berhubung empat tuduhan menghilangkan bukti dengan cara membakar dan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

K Sarawanan, 19, mengaku menghilangkan bukti pembunuhan dengan membakar mayat Sosilawati; pemandunya, Kamaruddin Shansudin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam 30 Ogos lalu, 

manakala U Suresh, 26, mengaku membuang abu mayat keempat-empat mangsa ke Sungai Panchau di sini.

Sumber : Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Anak Sosilawati Kesal Hukuman 7 Tahun Tak Setimpal”

  1. belalang hijau says:

    7 tahun penjara je?
    jgn kata ank sosilawati, kita yang
    dgr nih pun rase x setimpal lansung…

  2. Gayahspears says:

    salam akak nuriz…
    mmg tak setimpal…
    adess.. Gayah pon x setuju n bengang mmg la dorang ngaku slh tp cam ringan sgt hukuman tu!!!!

    salam,jg diri,hiasi peribadi~

  3. suzzsuzie says:

    tak berbaloi langsung..undang-undang tak boleh nak pertikai..betul tak

  4. ..:akyn:.. says:

    biar betul??
    mmg betul2 x setimpal lar….
    dgn ape yg dowg lakukan kat mangsa :(

  5. Solihin Zubir says:

    7 tahun ja? biaq btoi?
    ish.. kurang2 hukum gantung..
    gila btoi… tak setimpal lgsg!
    tak berbaloi..
    Kalau camni, makin ramai la pembunuh kejam nnt.. 7 tahun je pon..

  6. Cik Nathrah says:

    tahnye..patotnye biar gantung teros

  7. eman~~ says:

    7 tahon???
    gler kjap!!!
    x pew la….
    nty klau mkin ramai pembunuh kat malaysia ni pom x pe la kan….
    7 tahon je pom….
    bkan 70 tahon~

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold