Aidil SMS Rita Rudiani, Aidil Lepas Tangan

Kisah Rita Rudaini lagi, selepas media melaporkan pasal kisah rumahtangga Rita dan Aidil yang dikatakan retak, dan kisah Aidil dah lama tak balik rumah, media juga menunggu nunggu apa jawapan Aidil tentang kemelut rumahtangganya.
Dalam berita harian semalam, Rita memberitahu media, yang Aidil pernah sms dia dengan jawapan yang menyakitkan hatinya, berbunyi “buatlah, lantak kau orang”. Mungkin Aidil fed up dan tertekan dgn masalah Rita dan pihak keluarganya.
Memandangkan Aidil lepas tangan , maka Rita yang tak punya tempat mengadu dan nak membela diri maka dia pun terpaksa menjawab di media. Rita meluahkan perasaan kecewa kerana Aidil terkongkong dengan keluarga dan segala keputusan dia perlu berbincang dengan keluarga.

Baca petikan berita ni…

Rita menegaskan, dia bukanlah kejam kerana memang tidak pernah terlintas langsung untuk memutuskan hubungan Aidil dengan keluarganya.

“Saya tak pernah halang suami menjenguk atau bermalam di rumah keluarganya. Saya rela berkorban apabila Aidil mahu menyambut Aidilfitri bersama keluarga tahun ini. Tetapi kalau mereka tidak dapat menerima hingga saya melahirkan zuriat yang juga darah daging mereka, bagaimana pula keadaannya?” tanyanya.

Sebagai suami, Aidil sepatutnya bersikap lebih berani, gentleman dan bertanggungjawab mempertahankan serta melindungi maruah isterinya. Tindakan Aidil mengambil sikap tunggu dan lihat atau mendiamkan diri meletakkan Rita kini dalam kebingungan.
“Saya agak terkilan dengan sikap suami. Kecewa apabila dia hanya mendiamkan diri apabila saya diaibkan. Kenyataannya mahu berbincang dengan keluarga menunjukkan dirinya masih bergantung kepada keluarga. Dia suami. Sepatutnya dia melindungi saya, bukannya membiarkan saya sendirian macam ini.

“Sebelum membuat kenyataan, saya terlebih dulu mengadu kepada suami. Tetapi jawapannya cukup mengguris hati. Dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi “buatlah, lantak kau orang”. Saya manusia biasa. Setakat mana kesabaran boleh bertahan? Saya berasakan maruah saya diperkotak-katikkan apabila keluar gosip yang tidak dapat diterima akal,” katanya.

Rita juga menjelaskan dia terpaksa bercakap dengan media untuk mempertahankan diri kerana maruah dirinya sebagai seorang isteri dan ibu seolah-olah diabaikan oleh mereka yang sepatutnya melindunginya.

“Saya pun ada maruah sebagai isteri dan ibu. Saya sedih apabila suami buat kenyataan tidak tahu-menahu mengenai cerita ini, sedangkan saya sudah mengadu kepadanya apabila timbul macam-macam gosip mengenai rumah tangga kami sejak kebelakangan ini,” katanya.

Rita berkata demikian mengulas kenyataan Aidil dalam Berita Harian bahawa dia (Aidil) mahu berbincang dengan keluarganya terlebih dulu untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

“Saya terpaksa bercakap dengan media untuk mempertahankan diri. Saya pun ada maruah sebagai isteri dan ibu. Saya sedih apabila suami buat kenyataan tidak tahumengenai cerita ini, sedangkan saya sudah mengadu kepadanya apabila timbul macam-macam gosip mengenai rumah tangga kami sejak kebelakangan ini.

“Saya tidak halang suami mahu bertemu dengan keluarganya, tetapi dia juga perlu berbincang dengan saya. Kenyataan Aidil mahu berbincang dengan keluarga terlebih dulu menjelaskan selama hari ini, suami masih dikongkong keluarganya. Saya sedih Aidil seperti tiada pendirian dan membiarkan orang lain mengatur kehidupan rumah tangga.

“Saya ialah isterinya, ibu kepada anaknya, Airit Rayyan Rizqin. Sepatutnya dia mempertahankan hak dan maruah saya yang difitnah, bukan membiarkan orang lain menentukan kehidupannya. Saya semakin tertekan, perasaan saya kini tidak menentu, sudahlah difitnah, suami pula bersikap seolah-olah lepas tangan,” luahnya dalam nada sebak.

Bukan mengungkit, namun hakikatnya Rita masih teringat lagi kata-kata Aidil Zafuan bahawa dia sendiri bersungguh-sungguh mahu mengahwininya walaupun menyedari ia tidak mendapat restu daripada keluarganya sendiri.

“Dulu, ketika mengajak saya berkahwin, tahu pula mencari, memujuk dan berbincang keluarga saya. Walaupun keluarga saya minta Aidil mendapatkan persetujuan keluarganya terlebih dulu, keputusannya kata Adil tetap sama, hubungan kami tidak mendapat restu. Saya masih ingat kata-katanya, keluarganya sudah tidak boleh bawa berbincang lagi.

“Awalnya sukar untuk saya dan keluarga menerima. Kami tahu akibatnya jika berkahwin tidak mendapat restu. Tapi Aidil berjanji tidak akan mempersia-siakan hidup saya dan akan bertanggungjawab dengan segala apa yang berlaku. Sekarang apa sudah jadi? Anak kami masih kecil, tidak terfikirkah Aidil soal masa depan Airit?” katanya lagi.

Rita berkata, dia juga keliru dengan kenyataan bapa mentua, Abd Radzak Salleh yang mendakwa tidak pernah campur tangan berhubung rumah tangganya.
“Kalau mereka (keluarga Aidil) tidak campur tangan, rumah tangga kami tidak menjadi tegang macam ini. Kenapa tak nasihatkan Aidil supaya menemui saya dan menjenguk anaknya yang tidak ditemui sejak raya lagi,” jelas Rita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

12 Responses to “Aidil SMS Rita Rudiani, Aidil Lepas Tangan”

  1. wadud@duad says:

    uish.. lama dah x lepak sini.. :) maaf beh, x pesaran URL blog ni xde dalam bloglist wadud.. :p

    wow.. dunia artis.. susah nak cakap, kot mana pown, baik buruk.. kawen cerai.. apa nak jadikk??

  2. azhar says:

    kahwin tanpa restu susah nak bahagia…

  3. zuanjoe says:

    lau betul… senyum panjang la dato dato kt luar tu.. huhu

    login dapat duit

  4. Amyna says:

    Macam2..hmmm!!

  5. Tomato Gurl's Life says:

    bila perkahwinan tanpa restu keluarga macam tue la jadinya..tapi rasanya keluarga aidil tak patut memecah belahkan keluarga anaknye sendiri..seorang mak ayah mesti mahukan kebahagiaan anaknye..kesian pada anak aidil n rita..

  6. Cik Shiqa says:

    hope dapt slesaikan dgn cara baek.. :)

  7. diana says:

    orang lelaki ni kalau bersumpah setia memang la pandai..
    tambah pulak laki dia lagi muda dari dia..
    tau nak seronok saja lah..
    nyampah aku lelaki macam ni..
    nak bergantung sanagt pada mak ayah padahal dah ade anak bini..
    gantung je tali kat tengkuk suruh mak ayah pegang tali tu.
    pastu tukar nama jadi puppy!!

  8. videl says:

    Keluarga selalu ikus campur

  9. ribena.illina says:

    lorrrrrrrrrr. cm gtu pulak dah? macam2 hal betul lah.

  10. saff'sWords says:

    em. bercinta bagai nak rak smpai kawin lari. skg jadi cam nie. aih, mcm mcm.

  11. nas says:

    itu la pasal..
    kawin lari kat selatan thai..
    kan dah susah..
    isk3….harap2 nie sekadar perkara kecil..harap2 jangan putuskan hubungan suami isteri cm2 je…isk3

  12. ctpayong says:

    bukankah suami wajib melindungi isteri dan isteri pula wajib menjaga maruah suami.

    itulah asas kebahagian perkahwinan dalam islam.

    hendaklah kita ketahui kewajipan masing2.

    wallahu'alam

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold