12 Bas Ekspres Budaya Terbakar Di Pengkalan Chepa

Dua belas (12) bas Ekspres Budaya musnah dalam kebakaran di depoh simpanan bas itu di Kampung Panji, Pengkalan Chepa di sini, tengah malam tadi.
Pegawai Operasi syarikat bas ekspres itu, Kamaruzaman Abdullah berkata, kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan bernilai RM6 juta.

“Kebakaran semua bas yang diletakkan berhampiran dan tersusun antara satu sama itu disedari oleh pengawal keselamatan pada kira-kira pukul 12 tengah malam,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata bas ekspres itu baru sahaja diletakkan di situ selepas selesai menurunkan penumpang dari beberapa destinasi.
Kebakaran itu merebak terlalu cepat dan ketika bomba tiba, 70 peratus bas berkenaan telah musnah terbakar, katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Polis masih menyiasat punca kejadian bagi menentukan sama ada ia membabitkan jenayah atau tidak,” katanya.

Video Bas Ekspres Budaya Terbakar

Video oleh matdin27, pinjam buh video sini jap ye matdin

sumber-Bernama , gambar oleh kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “12 Bas Ekspres Budaya Terbakar Di Pengkalan Chepa”

  1. tiefazatie says:

    isk2..byk tue rugi!

  2. zikeryhassan says:

    byk tu rugi. selalu gak la sebelum ni balik naek bas budaya.

  3. belalang hijau says:

    terbakar sendiri or khianat?
    suspen nih…

  4. ardinihumaira says:

    dni tengok real kebakaran ni.. :) sebab dni baru balik stadium??? adakah? ;p

  5. nuriz says:

    dni tak rakam video ke

  6. nuriz says:

    belalang, tunggu je hasil siasatan nt

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold