Video Paderi Benjamin Stephen Hina Islam Disiasat SKMM

Paderi Benjamin Stephen yang hina Islam dipercayai merupakan seorang islam murtad yang berasal dari Pontianak, Indonesia dan merupakan pendakwah Kristian.
Antara dakwaan mengarut Paderi Benjamin Stephen itu ialah dimana beliau mengatakan bahawa Nabi Muhammad itu adalah seorang Pedophiliac apabila mengahwini isteri baginda, Aisyah.

Video selama 10 minit itu, mendapati Benjamin menyampaikan ceramah dalam bahasa Melayu mengenai apa yang didakwanya sebagai ajaran pelik dan bodoh oleh Nabi Muhammad.
Antaranya, dia mendakwa, Rasulullah sebagai orang tua yang bernafsu terhadap kanak-kanak apabila salah seorang daripada 23 isteri baginda berusia enam tahun.
Dia yang mendakwa dilahirkan sebagai orang Melayu berkata, kaum itu dilarang membela anjing kerana menurut Islam malaikat amat takut dan tidak akan melawat rumah yang penghuninya membela haiwan berkenaan.
Dakwaan lain, adalah dosa umat Islam akan diampunkan jika mereka dapat mengucup batu Hajarul Aswad yang berbentuk seperti alat kelamin wanita.

Adakah benar pasal video ni?
Dalam berita Utusan :

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diarah membuat siasatan serta-merta berhubung klip video dalam laman web YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau telah mengarahkan SKMM supaya merekodkan perkara-perkara perlu seperti masa penyiaran, kandungan suara dan simbol yang dikeluarkan oleh paderi tersebut dalam klip video itu.

”Kita akan buat siasatan segera di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan saya sendiri akan pastikan supaya kes ini dibawa ke perhatian pihak berkuasa secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Isu dan Cabaran Dalam Memulihara Arkib Audiovisual di Rantau Tropika di sini hari ini.

Menurut Rais, isu itu merupakan hal yang serius dan kementerian akan mengambil tindakan tidak kira di mana ia dipancarkan sama ada menerusi laman web YouTube atau Yahoo asalkan ia disiarkan kepada pendengar dan pemerhati Internet di negara ini.

Dalam perkembangan lain Rais berkata, beliau telah berhubung dengan pihak penguat kuasa supaya semua laporan dan siasatan SKMM yang telah dikemukakan kepada mereka mendapat perhatian segera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold