Timothy Tiah dan Menjana Pendapatan Sampingan Dengan Nuffnang

Salam blogger-blogger semua, kenal dak Timothy Tiah? tak kenal..kalau sebut Nuffnang, semua blogger mesti kenal dan tau..hik3!! Blogger yang letak iklan Nuffnang di blog masing-masing mesti tau apa Nuffnang, Blogger yang dah dapat earning dari Nuffnang mesti lagi seronok.
Lepas ni mungkin semua akan lebih kenal dan ingat dengan Timothy Tiah, bos, atau teraju utama Nuffnang Sdn Bhd.

 Timothy Tiah Teraju Nuffnang
 


Dapat duit dari Nuffnang tapi tak kenal sapa bos Nuffnang huhuhu!! Mari kita berkenal kenal sikit dengan bos Nuffnang yang masih muda lagi ni.

Syarikat Nuffnang Sdn. Bhd. yang terletak di Kuala Lumpur, ia diteraju jejaka yang baru berusia 26 tahun. Timothy Tiah, sebagai pengarah urusan.
Turut meneraju cawangan Nuffnang bersama pengasas bersama, Cheo Ming Shen yang kini menguruskan pejabat di Singapura.

Ini info yang saya dapat dari Kosmo yang membuat liputan eksklusif ke pejabat Nuffnang dan ada beberapa gambar yang diambil dalam pejabat Nuffnang, memperlihatkan pada kita betapa sibuknya pekerja-pekerja Nuffnang ni menguruskan pendapatan, dan iklan atau segala aktiviti aktiviti untuk komuniti blogger.

Petikan berita:

Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.
“Kami menguruskan iklan-iklan yang akan dipaparkan dalam blog yang berdaftar tanpa mengenakan bayaran kepada blogger. Blogger hanya perlu menjalankan kerja editorial untuk iklan masing-masing bagi menjana pendapatan.
“Selain itu, kami juga menganjurkan majlis-majlis untuk blogger seperti tayangan filem, seminar, bengkel, parti dan sebagainya untuk merapatkan hubungan sesama komuniti blogger di bawah Nuffnang.

Timothy memberitahu idea itu timbul di London ketika dia dan Ming Shen berbual mengenai pelan perniagaan mereka apabila pulang ke tanah air. Kedua-dua mereka adalah pelajar jurusan perniagaan dan bermula sebagai blogger.

 Dalam pejabat Nuffnang

“Kami berbincang mengenai perniagaan yang ingin kami jalankan selepas pulang ke Malaysia dan Singapura. Kemudian timbul idea untuk berkolaborasi mewujudkan Nuffnang selepas mempertimbangkan populariti blog yang semakin meningkat.

“Kami melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh orang lain dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan hanya selepas beberapa tahun syarikat itu ditubuhkan,” katanya mengenai syarikat itu yang memulakan pejabat pertamanya di Pulau Pinang pada tahun 2006.

 Timothy Tiah

Katanya, pada akhir tahun pertama Nuffnang ditubuhkan iaitu pada tahun 2007 mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 7,523 orang blogger dan ia meningkat kepada 30,708 pada tahun 2008. Tahun 2009 pula jumlahnya meningkat kepada 68,455 orang, manakala sehingga Ogos lalu jumlahnya ialah 105,464 orang blogger.

Nasihat dari Timothy Tiah untuk blogger yg nak menjana pendapatan sampingan dgn Nuffnang:
Untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya,”.

Sumber: KOsmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Timothy Tiah dan Menjana Pendapatan Sampingan Dengan Nuffnang”

  1. myCeloteh says:

    betul tu.. kena ikhlas dalam tulis blog..haha

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold