Teater Muzikal Tun Mahathir 24 Sept – 4 Okt 2010 , Promo di You Tube

Esok 24 Sept bermula pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir di Istana Budaya dan akan berlangsung hingga 4 Okt 2010.
Pementasan muzikal ni berkisar tentang kehidupan Tun Mahathir sejak zaman kecil, zaman remaja dan hinggalah Tun dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Mak saya selalu cerita pasal Maha Klinik sebab tu kenangan manis yang mak saya tak pernah lupa, masa tu mak saya pi ke klinik Maha nak buat medical check up dan mak saya masa tu mengandungkan abang saya yang no 2, doktor yang merawat dia pada masa tu ialah Tun Mahathir :).
Maha Klinik ialah Klinik anak melayu pertama di Alor Setar dibuka oleh Tun Mahathir pada tahun 1957.

 

Mesti banyak kisah kisah menarik tentang Tun dan kisah cinta Tun, kisah dia berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar, kisah kenakalan zaman kecilnya.
Yang penting sekali kisah kejayaan Tun dalam pentadbiran selama menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Pemerintahan paling lama sejak 1981 hinggalah 2003. Tun ialah Perdana Menteri Malaysia yang keempat.

Pelakon yang pegang watak Tun Mahathir ni ialah Zizan Nin, Isma Daniel. Erra Fazira pegang watak Tun Dr Siti Hasmah.

Tiket Muzikal Tun Mahathir boleh dibeli dengan harga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150 menerusi www.ticket2u.biz atau menghubungi Istana Budaya di talian 03-4026 5558.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Teater Muzikal Tun Mahathir 24 Sept – 4 Okt 2010 , Promo di You Tube”

  1. AngahSayang2314 says:

    macam best jer tapi ada ke tiket lagi yer????

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold