Tahan Reman Suspek Pembunuh Sosilawati, Suspek Kena Pukul Dengan Polis

Salam pagi Isnin kpd semua blogger blogger Malaysia :).  Masih lagi berita pasal kes bunuh Sosilawati. Belum selesai lagi kes ni so banyak lagi cerita pasal kes ni. Suspek pembunuh Sosilawati ditahan reman lagi sehingga 1hb Okt ni kerana polis masih perlukan masa untuk menyiasat.

Dari petikan berita, Mahkamah Majistret Sepang membenarkan tahanan reman terhadap tiga suspek termasuk peguam dua beradik dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, bermula hari ini sehingga 1 Oktober ini.

 Suspek ditahan reman hingga 1hb oktober

Salah seorang peguam yang mewakili dua beradik itu, Ravi Nekoo memberitahu wartawan di luar mahkamah bahawa tahanan reman selama enam hari itu bagi membenarkan polis melakukan siasatan lanjut mengenai kes kehilangan jutawan lelaki warga India Allal Kanthan Muthuraja sejak 18 Januari lepas.

Semalam, ketiga-tiga suspek yang tamat tahanan remannya di atas siasatan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain, ditahan semula bagi membantu siasatan kehilangan jutawan dari India itu.
Ketiga-tiga suspek tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 9.35 pagi dalam tiga buah kereta yang berasingan dengan kawalan rapi polis.

 Dalam petikan berita lain, 
Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain hari ini membuat laporan polis mendakwa dia dipukul ketika berada di dalam tahanan reman.

Suspek membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dengan dikawal ketat beberapa anggota polis sambil diperhatikan oleh dua peguam yang mewakilinya, Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam.

Suspek yang merupakan seorang peguam dilihat masuk ke dalam balai polis itu untuk membuat laporan pada kira-kira pukul 4.15 petang dan keluar kira-kira lebih satu jam kemudiannya dengan menaiki kereta polis.
Ravi Nekoo berkata, pihak polis memberikan kerjasama baik dengan membenarkan suspek membuat laporan polis terhadap dakwaan dikasari sehingga mendatangkan kecederaan di belakang badan.

Mereka kemudian meninggalkan mahkamah selepas perintah tahanan reman itu dikeluarkan.
- Bernama

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold